Friday, November 19, 2010

Pengorbanan & Kehidupan

Salam Aidiladha. Semoga anda semua menikmati Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran. Pengorbanan, harus disertai dengan keikhlasan dan bukannya mengaharapkan balasan.

Pengorbanan dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Dalam kehidupan, tanpa pengorbanan , cita cita tidak akan menjadi kenyataan. Sudah pasti cabaran dan dugaan yang mendatang menuntut banyak pengorbanan. Hanya kesabaran sahajalah yang menjadi ubat yang paling berkesan. Bukankah ALLAH SWT telah menjanjikan kebahagiaan untuk orang-orang yang bersabar???... Yakinlah dengan ALLAH, redhalah dengan apa yang berlaku. Sesunggunya ALLAH bersama orang orang yang bersabar. Peringatan untuk anda dan diri sendiri terutamanya.

Ingatlah, setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tunggu, nikmatilah dan hargailah dahulu apa yang ada. Tidak semestinya apa yang diinginkan itu adalah baik untuk kita. Hanya ALLAH SWT sahaja tahu yang terbaik untuk kita.

Kepada semua yang banyak berkorban untuk diri aku,terima kasih berbanyak banyak. Semoga ALLAH SWT merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal. InsyaALLAH, tidak sekali kali jasa kalian akan dilupakan.

Salam aidiladha.

Regards.

Tuesday, November 16, 2010

13 Nov 2010

13 Nov 2010

Hari Lahir yang ke 25.Alhamdulillah, syukur, masih dikurniakan umur untuk terus bernafas dimuka bumi ALLAH ini.Terlalu banyak Nikmat yang diberi, namun terlalu kurang aku bersyukur. Hanya satu harapan, semoga aku menjadi insan yang akan sentiasa bersyukur. InsyaALLAH..

Kepada kawan yang datang Majlis Hi Tea Alumni FKKSA di Hotel Istana, thanks a lot. Walaupun program itu bukan untuk meraikan hari lahir aku, tapi support yang diberikan untuk program itu amat bermakna. Dan itulah hadiah paling berharga. Kepercayaan & persahabatan.

Untuk all the wishes via sms, facebook and call, thanks a lot. May ALLAH bless you all.

Regards.

Sunday, November 7, 2010

Menghargai...

Belajarlah menghargai,
Untuk lebih dihargai...

Belajarlah mengerti,
Untuk lebih difahami...

Belajarlah ikhlas,
Tanpa meminta balas,

Hidup,
Satu perjuangan, tentang penjelasan , bukan alasan...

Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya,
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..

Tuhan, hanya padaMu aku berharap.