Wednesday, January 27, 2010

Bengang Mood

Hari ni, entry blog pasal bengang. Ala-ala lagu Akim dah jadinya. Huhu. Memang aku tengah bengang ni. Bengang tahap cipan!!!

Pasal add and drop subject kat tempat aku blaja skang ni la. Universiti tercinta la katakan.Problemnya,add and drop subject ni dah due date, tapi aku terlupa nak drop satu subject. Aku terlebih register subject pulak. Actually aku bukan terlupa pun, sebabnya masih sempat aku nak drop kalau ikotkan tarikh tu. Aku bukak web tu pukul 8 malam, tapi asyik error jer, sampai la 12 malam error jugak. So, dah kire tamatlah waktu drop subject pukul 12.01 pagi tu. Huhuhu. Bengang, salah aku atau sistem??

Then, petang tadi aku pergi la ngadu pasal ni kat pejabat siswazah fakulti tu. Dahla makcik* yang jaga tu layan tak layan jer, muke pun masam mencuka. Macam ni ke pekerja yang sentiasa diterapkan dengan slogan" Budi bahasa budaya kita"? Sekadar slogan jer la... Dia cakap , dah tak boleh drop subject dah. Even drop manual dan berbayar pun dah tak leh. Aku blank and tak tahu nak cakap ape. Senang2 jer die suruh aku withdraw subject tu. Kalau withdraw die kata ,it wont effect the results since tak di kira jam kredit dan pointernya. But, masalahnya kat slip result dan transkrip dia akan tulis TD, Tarik Diri..tak ke cacat result aku??? Huhuhu.

Tapi aku dah takde jalan lain, nampak gayanya kena withdraw jer la kot. Even ramai yang cakap ada time utk withdraw berdenda actually. Aku tak tahu la sama ada makcik tu malas nak layan atau memang withdraw manual berdenda tu tak wujud!!! Tawakal ajer la...

Bengang!!!

Satu lagi, sesungguhnya aku tengah HOMESICK skang ni!!!!!! Lambatnye cuti raye ni. Aku nak balik tenangkan pikiran ni. Penat duk kat tempat yang bagi banyak aku masalah ni!!!!


*Mood aku skang ni!!!!


Tuesday, January 19, 2010

Macam Macam Ragam

Sejak akhir akhir ni busy sket dengan banyak mende. Pasal subject registration la, pasal research la dan banyak banyak lagi. Masa tu ade, cume mood nak menulis tu dah hilang. Tak de idea. But, now, aku try utk menulis balik. Hehehe.

Pertama yang nak aku ceritakan adalah pasal berita gembira. Of course pasal Dermasiswa Yayasan Tunku Abd Rahman tu. Baru baru ni aku di interview oleh pihak mereka dan Alhamdulillah, mggu lepas dah dapat resultnye. So, pihak YTAR tleh bersetuju untuk memberi dermasiswa tu dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak RM 21000. Kire ok la tu, aku pinjam RM 24.5 k. Jadi, aku hanya perlu bayar RM 3500 jer lagi. Hehehe. Ringan sket beban kat bahu ni. Alhamdulillah.

Yang keduanya pasal research progress aku. Aku pun tgh pening ni. Kenapalah bakteria aku tu tak nak hidup hidup. Aku dah jaga ngan teliti. Bagi makan, tmpat tggal, semuanya yang mahal2 semua. Kenapala die merajuk tak nak hidup ditangan aku. Huhu. Wahai Acetobacter Xylinum, hiduplah..dan hasilkan biocellulose yang aku inginkan!!!! Please........

Owh lupa plak nak cerita, skrang ni aku dah pindah rumah baru kat Taman Vista Emas , Kajang. Kire dekat jugak la ngan UKM. Sewanya RM 800 . Kire murah la dengan rumah first hand, dua tingkat, 4 bilik dan 3 bilik air. Then, bile dah duduk, roomate aku plak beli macam2. TV LCD 32 inch la, Astro la, Peti Sejuk, Mesin basuh la. Pendek kata semuanya lengkap la. Cume tggu giliran aku beli sofa jer. Hehehe. Ish, rumah dah lengkap ni, bertambah malas la aku nak g UKM. Hehehe. Harap2 kemalasan aku tu beransur pulih. Hehehe.

Smapai sini dulu, sebabnya aku nak g bagi makan kat bakteria aku dulu. Nanti die merajuk, lagi aku susah!!! Huhuu.

Friday, January 1, 2010

Marathon 2009 & Selamat Tahun 2010

Salam,

Sekarang dah masuk tahun baru 2010, so salah satu azam baru tahun ni nak rajen update blog. Ok, itu sebagai mukadamidah. Hehehe.

Alang-alang dah start menulis ni, so, hari ni aku ceritakan rentetan 2009 memandangkan dah lama aku tidak menulis di rollingdurian.blogspot.com yang terchenta ini. So, bersedialah untuk membace hasil karya aku yang amat panjang ini.

Tahun 2009 dulu dimulakan dengan konvokesyen. Setelah penat belajar selama 4 tahun setengah, maka konvo jugak aku akhirnya. Konvokesyen ini memang indah bagi semua pelajar, tapi oleh kerana ke"ringkas"an majlis konvo mini aku ini, semuanya jadi hambar. Malas aku cerita lagi pasal konvo ini, semestinya ia akan menjadi salah satu peristiwa yang kelat dalam hidup aku. Stop di situ. Tutup cerita pasal konvo.

Setelah konvo, mestilah cerita pasal kerja kan. Sebagai seorang yang memang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, aku memang nekad utk sambung belajar. Satu keputusan yang berani di ambil oleh aku kerana memilih utk sambung belajar daripada bekerja. Walaupun menerima banyak kritikan, namun keputusan tetap keputusan. Semoga niat aku dalam diri ini bakal menjadi realiti satu hari nanti. InsyaALLAH.

Sambung belajar merupakan salah satu perkara terbesar dalam hidup aku. Aku memilih untuk menyambung Master of Chemical Engineering di UKM dibawah skim SLAB dan Fellowship UMP. Semestinya alam belajar menjanjikan banyak suka dan duka nya. Paling mengejutkan aku, first time aku rasa stress dan tertekan dalam belajar kerana cabaran belajar Master ni. Pergh, memang saat-saat menggetirkan dalam hidup aku masa semester satu ini. Tapi, tetap ada kemanisan nya. Yang paling best, geng-geng Master dari Malaysia support antara satu sama lain, kerana majoritinya studentnya adalah foreigner yang berbagai ragam dan karenahnya. Walau apa pun, semester satu telahpun tamat dengan jayanya.

Alhamdulillah, setelah keputusan semester satu diumumkan, satu lagi kejutan berlaku. Tak sangka pulak resultya sangat baik sekali. Cukuplah aku kata, resultnya di luar apa yang aku jangkakan. Mungkin inilah dinamakan rezeki apabila kita bersabar. Alhamdulillah, aku amat bersyukur.

Tahun 2009 ditutup dengan indah sekali. Pada 24 Dis 2009, aku telah di jemput oleh Yayasan Terengganu utk menerima Anugerah Sarjana Terengganu 2009. Majlis penganugerahan telah di adakan di Wisma Darul Iman dan telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu. Tambah manis lagi, apabila mak dan ayah dijemput sekali ke pentas untuk menerima hadiah. Sesuatu yang mungkin boleh dibanggakan. Hadiahnya, agak lumayan. RM 5000, berbaloi kan...

My beloved mom and dad di majlis itu

My name

Sijil

Inilah yang paling penting..hehehe

Secara kesimpulan nya, tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah bagi aku. Aktiviti-aktiviti berjalan berlaku seperti biasa. Geng2 Koreiv sentiasa ada bersama, kemuncak program tahun lepas adalah bermalam di Cameron Highlands, salah satu aktiviti yang amat best. Tahun depan, insyaALLLAH, program kami ke Beijing pulak.

Di samping itu, tahun lepas juga merupakan tahun rezeki bagi aku. Alhamdulillah. Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Amin. Terlalu banyak insan yang perlu aku berterima kasih, sangat banyak. Semoga insan2 ini juga menerima limpahan kurnia dari ALLLAH SWT.

Ok. Selamat tinggal 2009...

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010.

2010. Azam, tak banyak perlu diceritakan.Nanti tak excited plak. Hehehe.Tapi secara ringkasnya bolehlah diceritakan sket.

Pertama nak siapkan MASTER ni dengan cemerlangnya. Harap aku dapat tempuh dengan jayanya walau jalan masih berliku. Keduanya, nak masuk kerja jadi Pensyarah dulu, tak nak sambung PhD lagi. Nak cari experience disamping bantu keluarga dulu. Ketiga, nak g Beijing. Koreivians, jom realisasikan impian kita. Dan satu lagi, tak perlulah diceritakan. Biarlah Rahsia. Hehe.

Apa pun, semoga 2010 menjadikan aku lebih matang dan bertambah lagi rezeki. InsyaALLLAH..

Buat kawan kawan semua, Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita semua diberkati dan dilimpahkan kurniaan dari ilahi.....Amin