Thursday, November 19, 2009

Setelah Sekian Lama.


Dah lame betul kali ni tinggalkan blog nie. Kali ni memang betul betul lame lah. Lebih kurang sebulan rasanya. Huhuhu.

Alhamdulillah, skarang ni dah free sket. Dan Alhamdulillah jugak dah berakhir pun Sem 1 Master ni. Kesimpulannya , memang mencabar dan menguji daya juang diri. Kalau nak suruh repeat balik, memang tak nak lah. Cukup la sampai di situ sahaja. Biarlah dapat apa apa result pun, memang dah tak larat. Memang cukup di uji kali ni.

Bayangkan, dari lepas raya hari tu, memang bertungkus lumus untuk Master ni. Actually, tak la susah sangat, tapi kekangan masa tu mengatasi segala galanya. Nak buat macam mana, Projek Plant Design yang kena buat by group masa degree dulu, skrang ni kena buat lagi. Lagi tough dan mencabar. Bezanya, dulunya main rembat jer nilai dalam journal, tapi kali ni kena buat base case design. Dan, dulunya kena buat bygroup, tapi kali ni buat dua orang jer sebab sepatutnya satu group ada 6 orang, tapi 4 org lagi tu bolehlah dianggap ahli mati. Terseksa jiwa batin aku layan 4 org foreigner ni punya perangai. Huh. Then, dalam masa yang sama ade 4 lagi subjek yang kena layan. Pergh, mana tak hilang arah aku.

Banyak sgt mende yang aku belajar dari Master sem 1 ni. Pertamanya, kena pandai urus masa, of course. Aku habis banyak masa coz enjoy sgt pada awal2 sem. Keduanya, jangan percaya sgt pada manusia ni. Aku dah tertipu. Harap2 lecturer dapat tahu yang tu hasil kerja aku. 3 hari tak tido malam buat mende tu. Yang ketiganya, pasal erti sebuah persahabatan ni, dalam konteks macam mana nak menilai orang. Aku dah lebih paham perangai manusia.

Apa apapun, dalam hidup ni kena belajar untuk terima apa yang berlaku. Perkataan mudah, REDHA. Dan ingatlah ALLAH SWT tahu yang terbaik untuk kita. So, lets bygone be bygone. Satu lagi, ingatlah, 'what comes around goes around'.

Sem depan lagi mencabar bagi aku. Ada satu projek thesis dan 5 lagi subjek lain. Harap2 aku diberi kekuatan untuk harungi semua ni. InsyaALLAH.

Dah tak sabr nak balik kampung ni. Bercuti 2 mnggu sebelum datang menghadap bakteria Azetobacter Xylinum utk projek thesis aku. Hehehe. Balik kg ni plak banyak aktivitinya. Harap2 semua aktiviti dapat dilaksanakan dan jadi best best semua. Hehehe. Banjir??? Oh tidak..jgn please....


Thursday, October 15, 2009

Cerita Ketika Bosan

Aku tengah Bosan ni.. Esok ade test. Nak kate habis study tu, memang tak lagi arr.. Tapi, aku memang dah muak tgk notes Bioprocess ni. Malas aku nak berpikir. So, aku berblog sekejap. Take 5..hahaha.

Ni barang yang aku order. Dah lame aku nak. Baru ni aku beli online.. Akhirnya dapat jugak. Wahaha, Jersey arsenal. Arsenal memang power. Cemerlang , gemilang, terbilang. Opps mungkin... 1 Arsenal. Hehehe.


Thanks Cik Posmen sebab hantar bungkusan ni


Jeng jeng jeng. Ni lah jersey team juara EPL season ni.. Hahahah . Jgn mare yer..


Hahaha. Malam tadi plak, Kolej yang aku duduk ni ade wat open house. Apa daa, 26 syawal pun ade open house lagi. Hahhaa. Lantak pi lah. Yang penting boleh makan. Banyak makanan yang aku mengidam sebelum ni dapat aku makan. Lemang, ketupat, rendang. Pergh. Tapi yang lawaknya. bila MC announce jer boleh makan, semua org serbu macam dah tak makan sebulan. Hahaha, macam budak darjah 1, padahal kolej aku ni banyak budak Master and Phd jerk. Lantak la belalang, asal aku dapat makan. Banyak plak tu. Hahaha.


Aku, nash and salleh. Come from Iraq...Coursemate ni.


Mamat Iran 2 org ni bukan duk kolej ni pun. Tetiba aku jumpe die kat kolej aku. Hahaha. Makan punya pasal. Ni pun coursemate aku.


Hahaha. Dah2.. aku nak study balik ni... Moga moga dapat A..hehehe.


Friday, October 9, 2009

Membuang Sawang Sawang

Hari ni , aku nak buang sawang sawang kat blog ni. Dah lame dah tak update. Reason paling senang.. Busy. Hahaha. Tapi malas nak menulis sebenarnya. Hehehe.

Tapi aku betul2 busy la kali ni. Huhuhu. A lot of works to finish la. Final exam start 26 October-16 November. Just around the corner kan. Then, semua assignment2 yang aku dah longgokkan sebelum ni kena submit. Tak termasuk lagi ade mini project, test2 yang lecturer nak habiskan dan of course projek2 yang menyebabkan aku tido almost pukul 4 pagi everyday skarang ni. Pergh, aku dah jadi manusia tak normal balik. Huh. Tapi ni semua salah aku, sape suruh tak siapkan bender tu awal2 lagi. Lecturer dah bagi lame dah. Nak simpan jugak , dan sekarang terimalah padahnya. Hehehe.

Tapi, dalam kesibukan tu, sempat lagi aku meronggeng ronggeng. Hahaha. Last week, aku , Bash and Dewi ke Kuantan untuk raikan Konvo junior2 ni. Full with activities. Karoks memang aktiviti utamalah, sampai pukul 3 pagi, penangan Sampai Syurga dari Jang. Hahaha. Sesungguhnya, duit aku telah melayang dengan banyak nyer. Bukan setakat banyak.. tapi dengan banyaknya. Huh. Tapi tak per, at least aku puas. Berbaloi baloi. Memang tak rugi dan sangat memberi makna. Seriously, aku sgt happy. Banyak sgt mende buat aku happy.

Bash, Jang and Dewi ngan kuda kat Bukit Gambang Resort City


Dah lame tak bergambar. Hehehe

Then, open house umah coursemate kat Putrajaya. Walaupun aku tak dijemput, tapi aku telah menebalkan muka menjemput diri sendiri. Wahaha. Sebabnya, nak hilangkan stress studi ni. Hehe. Seb baek geng2 coursemate aku tu semuanya sporting. Hehe. Lepak dr pukul 5-7 ptg. Tak reti nak balik and duk diam. Tuan rumah tak dapat handle dah. Hahaha.


Geng geng Master Chemical Eng UKM @ rumah Fit Putrajaya

Pe lagi aku nak tulis ek. Wah, malasnya nak menaip. Hehehe. Anyway, aku ni tak up to date, hahaha..baru lepas tgk filem Telentime ni. So, aku tgh sad mood ni. Hehehe. Laen kali ketemu lagi yer.

Buat member2 yang masih beraye lagi tu. Dah Dah la raye... Pose malas, raye nak lame. Hehehe. Bye... Aku letak sket gambar raye baru ni. Hehehe.

Raya@ Kg


Raya @ Umah Kema

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri 2009


Assalamualaikum wbt..

Akhirnya dapat juga aku pulang ke kampung halaman yang tercinta ini. Walaupun bergelut dengan assignment yang berlambak, namun aku gagahkan diri jugak untuk melangkah pulang. Dengan hati yang kononnya kosong, aku menjejaki bumi Terengganu ini dengan pesawat MH1338 dengan lancarnya. Terima kasih kepada Zulkola yang telah berhempas pulas mengejar masa menghantar aku ke KLIA. Tapi, tibanya di rumah aku ingatkan aku mampu melupakan assignment dan projek-projek tersebut, tapi, sms dan call dr kawan2 menyebabkan hati aku still tidak sedap untuk beraya. Sekali lagi, lupakan pasal semua itu. Hahaha. Lepas raya baru boleh pk balik. Hehe.

Untuk semua rakan rakan dan guru guru SKBS (1992-1997), SMKADG (1998-2000), SESTER ku tercinta (2001-2002), KMNS (2003-2004), UMP ku tersayang (2004-2008 ) dan UKM sehingga sekarang serta untuk geng geng KOREIV yang tiada tandingnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Maaf Zahir Sahaja. Hehe.


Tahun ni rumah aku tak open sangat. Dalam proses berpeindah ke rumah baru. Tapi rumah baru tak siap lagi. So, kelam kabut la rumah tu. Kalau nak dtg, tahun depan yer. Nak dtg tahun ni pun boleh jugak, tapi kurang selesa lah. Hehehe.

Monday, September 7, 2009

Cerita Baru Kali Ini

Wah, dah agak lame tak menulis blog. Rindu pun ada. Takde mood. Banyak sangat perkara yang melanda diri. Sedih pun ada, dan perlu banyak lagi masa untuk recover.

Lately, sangat busy dengan banyak projek. Satunya project untuk subject Process Optimization. Project ni lebih kurang sama dengan Plant Design masa undergraduate dulu. Tapi yang susahnya kena buat base case design. Start dari mula-mula puase dulu, pergi UKM pukul 10 pagi, then balik bilik pukul 5 petang. Kadang-kadang rasa exhausted. Susah project ni ,hanya Tuhan saja yang tahu. Di tambah dengan 'mat mat arab' dalam kumpulan yang malas buat kerja. Ada yang hanya tahu fotostat dan ada yang hanya tahu datang , tengok dan pulang. Aisyeh..sakitnya hati. Nasib baik ada 2 org ahli group lagi yang banyak bekerjasama. Then, lepas presentation hari khamis hari tu, igtkan dah boleh enjoy, tapi Prof tu bagi lagi kerja yang makin bertimbun. Fuhh..penat lah gini. Di tambah lagi dengan presentation Project Management pada hari yang sama this week. Lupe pasal raye...

Tapi...

Malas rasenya nak layan otak yang berserabut. So, aku telah keluar ke KL ngan geng2 Koreiv. Mencari kegembiraan!. Aku, haidar, azam dan khairul (telah masuk geng kami) pergi mencari tiket untuk travel kat MATTA Fair kat PWTC. Bile tgk pakej travel, semua terbeliak bijik mata. Bestnya kalau dapat travel , maklumlah kami ni kaki travel. Target destination Kota Kinabalu, Bali and Redang Island. Dapat la kumpul banyak maklumat. InsyaALLAH, tahun depan adalah tahun melancong kami. Hehe

Lepas pergi Matta Fair, pergi pulak Low Yat beli Memory Stick untuk kamera baru (nanti aku citer plak pasal kisah ni). Nak pergi solat kat Sungei Wang jer, tapi habis RM 70 duit aku beli baju raye. Yea Yea, dah ade baju raye!!!!

Pukul 7 ptg, kami tiba di Sakura Kristal. Lauk nye amatlah banyak. Dari makanan tradisional hinggalah western, semuanya menggiurkan. Hahaha. Yang seronoknya, bukak pose kali ni dapat kenal kenal dengan geng geng baru. Walaupun baru kenal,tapi sembang2 macam dah lame kenal. Tapi bagi aku, semuanya best dan boleh buat kawan. Seronok dapat kawan baru. Hehehe.


Banyaknya makanan..khusyuk makan..hehehe.


Bersama kawan-kawan baru dan geng koreiv...


Ingatkan habis bukak pose dah nak balik, tapi bukan sampai disitu sahaja. Ada lagi aktiviti. Pergilah pulak ke Mid Valley untuk tgk wayang, malangnya semua tiket habis, Sedih Giler!!! Last2 pergi lepak2 kat Bangsar sampai pukul 1 lebih.

Pukul 2 lebih balik Setiawangsa..dan Tidur Terbongkang!!!! Penat

So, kesimpulannya, walaupun kepala tengah serabut pk pasal banyak kejer dan banyak kesedihan dalam diri, tapi sangat seronok. Inilah org katakan, bile dengan member2 yang best, mesti hilang semua stress. Hehehe.

Tuesday, August 18, 2009

Hati Seorang Lelaki

Biasanya kita sering dengar orang cakap "Hati perempuan perlu dijaga"

Jadi, siapa yang boleh jaga hati lelaki??? Adakah perempuan????

Hakikatnya , bagi aku...hati lelaki bukannya perlu dijaga, bukan perlu di puji, tetapi hanya perlu DI HARGAI.


P/s: Baru saja beli buku ini...beli untuk mendidik jiwa.


Thursday, August 13, 2009

Sebuk Ke?

Bercakap pasal sebuk atau tak? Tak tau nak dikata. Kadang-kadang sebuk dan kadang-kadang main jer lebih. This is my timetable untuk this semester:

Isnin (2 pm - 4pm): Particle Technology
Khamis (2pm - 4pm): Advances Process Design & Optimization
Khamis (4pm - 6pm) :Bioprocess Technology

Jumaat (10am - 12 pm) : Advances Process Modeling
Jumaat (4pm - 6 pm ) : Project Management

Tiap hari ( Waktu Free) : Master Project ( Biocellulose Production)

Nampak daripada jadual, macam banyak masa free.Memang pun, sebab aku banyak main-main. Huhuhu. Padahal belambak assignment dan project yang kena buat. Ish2.. bila aku nak sedar ni. Hehehe.

Anyway, semoga aku lulus cemerlang. Ayuh!!!! Caiyukk. Doakan aku yer...

P/s: Guru..aku ingin letak jawatan jadi ketua kelas. Aku ingin bebas. Aku tak mahu lagi pening kepala memikirkan nak tukar jadual, nak cari tempat dan nak reply sms. Huhuhu. Mengertilah guru....

Monday, August 3, 2009

SETEM

Apa yang ada pada se"bijik" SETEM.



Tapi, kalau anda menonton cerita SETEM arahan Kabir Bhatia ini, pasti persepsi anda tentang setem akan berubah. Bukan setakat untuk diposkan sahaja, tapi banyak nilai yang tersirat.

Sekiranya ingin mencari filem yang kelakar yang bermutu tinggi dan penuh nilai pengajaran serta kritikan terhadap orang Malaysia, filem SETEM seharusnya menjadi pilihan anda. Tak Rugi......

Respect Kabir Bhatia... Cinta, Sepi, Nur Kasih... semuanya membanggakan!!!!

Saturday, July 25, 2009

Dapat Juga Akhirnya.

Akhirnya...

Setelah lame menunggu, maka, kini aku memilikinya...

DELL STUDIO 1537...


Menggantikan NEC FE2000 aku yang telah usang, namu tetap tinggi dari nilai sentimental nye..Hehehe..

Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang telah masukkan duit SLAB itu..Hehehe. Semoga ianya memberi semangat baru untuk aku menghabiskan Master ku ini...

InsyaALLAH... heheh

Wednesday, July 15, 2009

Tetralogi Koleksi

Kerana kebosanan yang amat disebabkan tiada kelas, maka aku, Pak Nash, Ada dan Atun, telah ke Alamanda, Putrajaya. Dan Hasilnya, habis RM 106 duit aku kat MPH disebabkan membeli buku2 yang telah lama aku idam-idamkan ini. Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.

Tetralogi Andrea Hirata

Akhirnya, aku telah melengkapkan koleksi yang aku cari. Nak habiskan bace cepat cepat ni. Hehehe. Nak pinjam?? Kena charge ni... Hehehe

Friday, July 10, 2009

Another Story

Hari Isnin, 7 Julai 2009, aku berkobar -kobar keluar dari rumah kawan aku kat Setiawangsa untuk memulakan sesi pembelajaran pertama. Dari Putra Setiawangsa , aku naik train ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral, aku sempat melantak Chicken Rice Combo kat KFC sorang -sorang. Sadis giler!!! Then aku naik train ke stesen UKM. Walaupun first time naik, tapi nasib baik la tak sesat. Semuanya berjalan dengan lancar. Kemudiaannya, Pak Nash amik aku , terus ke Kolej Zaaba .

Selepas ujian saringan Influenza H1N1, aku terus ke kaunter kolej.

“Akak, saya nak daftar kolej, borang semuanya saya dah serahkan dulu”

“Ye ke dik, kalau akak cakap kolej dah penuh, mana awak nak stay????”

Aku cukup bengang dengan jawapan ni. So, baik aku senyap, daripada keadaan bertambah buruk. Huhu.

Nasib baik aku teringat seorang tutor mekanikal yang sambung kat UKM jugak, then terus aku jumpa die kat library. So, die kata ok je kalau nak tumpang rumah dia malam tue. Nasib baik!!!! Lepas tue terus aku masuk first kelas. Process Design and Optimization. Otak berserabut dan tak prepare. First class pun dah ade assignment. Ini baru namenya master kan. Hahaha.

Keesokan harinya plak, habis semua kolej kat UKM aku round, tapi semuanya tak terima student master, ada yang suruh isi borang. Borang pun kena beli dengan harga RM 1. Last sekali, aku pergi hantar borang kat Kolej Ismail AlMarbawi. Bile diorang tgk aku ngan Pak Nash ni”orang jauh”, maka dia kata dia akan berusaha untuk bagi jugak asramanya.Petang tu, aku terima khabar gembira, apabila kami diterima masuk ke Kolej tu. Alhamdulillah. Aku dapat duduk serumah dengan student Jepun. Hehehe.

Walaupun banyak dugaannya, tapi aku yakin setiap perkara ada hikmahnya. Setiap dugaan tu ada ganjarannya. Hehehe. So, just believe......

Sunday, June 28, 2009

Master Registration at UKM

Registration yang cukup kelam kabut bagi aku. Start dari UMP, aku dah siap gosok baju cantik- cantik, lastly masa kat Maran, aku baru sedar aku lupa bawak baju tu. Dalam pukul 5, berehnti tido jap kat masjid Wangsa Melawatie, penuh dengan tabligh. Tido punye tido, kena kejut pukul 5.30 pagi, pastu aku sambung tido kat dalam keta. Bangun pukul 6.30 pagi, terus kelam kabut ke UKM tanpa mandi. Dah la sikat tak de, berserabut kepala dan rambut aku.

Lepas registration kat Fakulti, terus sebuk mencari kolej kediaman nak duduk. Denngan berpandukan peta yang dibekalkan, dengan bersemangat aku mencari Kolej Ismail Almarbawi, tapi malangnya dah penuh. Hancur luluh hati aku!!! Dengan hati yang luluh, aku mencari kolej2 lain. Akhirnya Kolej Pendeta Zaaba jugak yang terima aku ngan Pak Nash. tapi tak leh masuk lagi, 6.7 baru leh masuk.Nasib jer la.

Sementara tunggu registration kat Pusat pengajian siswazah pukul 3 petang, aku pergi la hentian Kajang nak cari tiket bas balik Trg. Tapi semuanya tak de. Last2 mintak tolong abang sepupu Pak Nash beli kat Klang, nasib baik ade. so, dapat la balik Trg malam tue. Hehehe. Masa kat hentian Kajang, org lain duk solat jumaat, aku plak makan kat kedai. Tapi tak per, aku musafir. Jangan tiru k. Hehehe.

Time registration kat PPS plak, kelam kabut dibuatnya. rRmai sangat orang terutamanya foreigner. Tapi, aku rilek jer potong barisan , last2 aku antara yang terawal siap. Mane taknye, dah kaunter ada 3, tapi diorang wat satu line jer. Biler aku dah start create line lain, baru org lain ikot. Aku tengok bengang giler muka orang2 yang kat belakang tue. Hahaha. Masa subject registration plak, macam lost jer. Tak de guide. Hurm, dapat aku bayangkan betapa jauh bezanya sistem kat sana ngan UMP. UMP is much more more better. Hehehe.

Lepas semuanya tamat, memang penat giler la, aku tido jer dalam keta masa Pak Nash drive balik Klang. Hehehe. Dalam bas plak, dari Klang aku tido, sedar kat Cherating, then sambung tdo balik dah sampai Ktrg. Penat sgt la maknenya tue. Hehehe.

So, dapat aku concludekan, hari ni aku berjaya mengharungi registration dengan jayanya walaupun banyak halangan dan rintangannya. Baju tak gosok, tak mandi n sangat melekit, rambut tak sikat, terkial kial membace peta UKM , dibaham hujan yang mencurah curah dan kebimbangan terhadap H1N1, tapi semuanya bejalan dengan ok. Alhamdulillah.

6 Julai aku start kelas. Eh bukan, stakat ni kelas aku ade hari selasa n khamis jer. Kali ni coursemate aku lebih kurang 20 orang. Banyak jugak foreigner dan pak cik2 yang berumur, tapi aku kagum dengan semangat diorang nak blajar. Gud luck semua!!!!! Doakan aku ye kawan kawan. Hehehe

Thursday, June 11, 2009

Akhirnya Berakhirlah

Hari-hari terakhir di UMP. Maknanya dah habis pun kontrak kejer kat UMP ni. Hasilnya, hanyalah 3 Paper, 1 Malaysian Patent dan 1 Bronze Medal di ITEX 2009. Syukurlah , ada juga hasilnya.

26 Jun 2009, saya akan mendaftar sebagai pelajar Sarjana Kejuruteraan Kimia di Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu tahun. InsyaALLAH. Selepas tamat di sana, ada dua perkara yang mungkin berlaku:
  1. Dipanggil balik untuk menjadi lecturer di UMP atau;
  2. Terus sambung PhD untuk 3 tahun, kemudiaanya baru balik bertugas di UMP
Dua-dua pilihan ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, saya hanya akan bergantung pada takdir. Dua dua boleh diterima. Hanya masa menentukan. Hehehe.

So, doakan saya yer....

Wednesday, June 10, 2009

Konsert Di Di Awan Biru Search

Berbaloi -baloi. Bagi tahu salah seorang kawan aku selepas habisnya Konsert Di Awan Biru Search, Di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah. Owh, ini bukan stadium yang runtuh itu. Stadium ini walaupun sudah lama, tapi masih utuh, lantaran prosess pembinaan dibuat dengan begitu'ikhlas' tanpa penyelewengan mungkin. Utuh!!!

Skrang ni bukan nak cerita kisah stadium ok. Tapi nak cerita pasal Konsert Search tu. Actually, aku ni bukan lah rockers sejati, tapi kerana kawan2 yang ajak, ditambah pula dengan bait bait lagu, Isabella, Fantasia Bulan Madu, Kejoraku Bersatu dan Gadisku, maka bertambahlah semangat aku pergi walaupun melayang RM 38 duit ku. Hahaha.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, lupe plak, waktu tu time malam, tapi ketika Amy nyanyi jer satu lagi, maka satu aku rasakan sesuatu yang luar biasa. Ternyata rupanya aku bukan rockers sejati, sebabnya telinga aku rasakan bagai nak pecah dan jantung bagai nak meletup dek kerana sound sistem nya.

So, oleh kerana tak tahan, maka aku pergilah jauh kebelakang , di tempat duduk grand stand, memerhatikan dan melayan lagu Amy dari jauh sahaja. Hahaha. Tapi tetap layan beb. Best jugak. Paling mencuri tumpuan aku disitu adalah gelagat seorang mak cik. Berbaju kurung, berstokin, bertudung, duduknya sopan di kerusi itu, tanpa bergerak, tanpa bercakap langsung, dari jauh menghayati konsert tersebut. Mungkin terkenang saat-saat manis ketika bercinta dulu kot. Ape apepun makcik, saya kagum ngan kesetiaan mak cik di situ. Hehehe.

Dari jauh memerhatikan gelagat2 anak2 muda. Kadang2 rasa sedih pun ada. Dengar cerita ada remaja perempuan yang pengsan. Alahai anak2 dara, dah tahu tempat itu mcm tue, kenape la pergi duduk bersepit2 dengan lelaki lelaki lain. Sedangkan banyak lagi ruang kosong. Tidakkah itu bodoh namenya !!! Lu pikirlah lah sendiri.!!!

Walau bagaimana pun, dari segi konsert itu, memang berbaloi baloi. Amy pun dah pandai nak kontrol dan tidak lebih2. Petua Nik Aziz mungkin!!! Tahniah.


Walaupun tangan patah, Yo tetap bersemangat waja!!! Nampak sgt aku bukan rockers kan, wat sign rocker pun cam kekok jer :p

Anak muda biasaya ghairah!!!

Dari Jauh....

Rugi plak tak amik gambar mak cik tu. Kalau ader, mesti semua pun terkejut nyer. Hehehe.

Monday, June 8, 2009

Impian

Pernahkah anda terfikir,

Ketika masih kecil, anda mempunyai impian untuk merangkak,
Sampai suatu masa yang sesuai,
Anda mampu merangkak,
Kemudia berjalan,
Kemuncaknya anda mampu berlari.
Begitu teratur kejadiaanNya,
Mengikut peredaran masa.

Ketika anda masik kabur- kabur untuk mengenal ABC & 123,
Anda mengimpikan untuk membaca sebuah buku cerita dan menghitung 1+2,
Sampai satu masa yang sesuai,
Anda mampu membaca & mengira,
Bukan stakat membace buku cerita, malahan sebuah novel,
Bukan stakat menghitung 1+2, malahan congak sahaja.
Begitu hebat kejadianNya,
Mengikut peredaran masa.

Dan ketika hari ini,
Sekiranya anda mempunyai suatu impian,
Sabarlah menunggu masanya,
Kerana anda pasti akan mencapainya,
Sesungguhnya DIA tahu yang terbaik untuk anda,
Sesuai mengikut peredaran masanya.

Sunday, June 7, 2009

Cameron & Keruntuhan Epik

Lame betul tak update blog nie walaupun tak de lah lama sgt. Hehehe. Actually tak de mende sgt nak di updatekan. Just baru-baru ni, g jalan-jalan ke cameron ngan member2 KOREIV. Percutian tu sgt best walaupun ada insiden2 yang merabakkan duit saya yang memang dah sikit .Hehehe.

Paling best apabila dapat makan bulgogi yang diidam-idamkan. Lagi best jika dibuat dengan air tangan sendiri. So, inilah hasilnya :

Prosess me'ramuan'kan daging

Proses mem'bulgogi'kan daging

Siap untuk dimakan.

Banyak lagi aktiviti menarik kat sana. So, untuk tahu lebih lanjut, boleh klik di sini.

Satu lagi kes menarik yang berlaku kat Terengganu beberapa hari lepas iaitu runtuhnya Stadium Kebanggaan kami, rakyat negeri Terengganu. Berita tersebut saya ketahui apabila berada dalam bas express ketika dalam perjalanan ke Kuantan. Ada sorang mamat ni , kawan dia call bagitau perkara tersebut, dia bercakap seolah2 kawannya berada 100 m dihadapan. Rasenya dia bangga sebab dialah orang yang first tahu berita tersebut. Lepas tu, ada plak sorang budak perempuan depan saya yang terus telepon mak dia, auntie dia, nenek dia dan semua2 lah..bagitau berita tersebut. Dasar perempuan "joyah"..menggangu tido saya jer.

Hurm, dalam kes keruntuhan stadium ini, pihak yang bertanggungjawab, masing-masing hilang entah kemana. Pelbagai spekulasi yang timbul. Last sekali, saya terbacelah kenyataan ini dan bukti-buktinya dari sebuah blog lain, dan bagi saya kenyataan inilah yang paling melegakan semua pihak yang saling menuding jari.


mereka inilah punya angkara...

Akhirnya masing-masing yang bertanggungjawab sudah lega...kerana sudah ade bukti siapa yang punya angkara. Hurm, inilah dunia hari ini.

Keruntuhan stadium sudah berlaku diTerengganu. Jangan sampai satu keruntuhan yang lebih dahsyat berlaku iaitu keruntuhan akhlak dan moral. Minta dijauhkan dari bumiku yang di cintai ini.

Thursday, May 28, 2009

Kena Ayam

Hahahaha... Gelak dulu...

Untuk makluman, ni first entry aku pasal football ataupun lebih dikenali sebagai bola sepak.

Wargh, best giler tengok team kena ayam tadi. Bukan stakat biase-biase punye kalah ni, tapi "kena ayam" ni. Apa pun, kepada fan kelab "itu", bersabarlah ok. Lain kali , jangan terlau riak or jangan terlalu selesa dengan kedudukan. Dan, cepat2 lah buang "pemain" yang langsung tak de attitude tu.

Buat fan2 team BARCELONA... tahniah. Semua fan team selain dr kelab"itu" menyokong anda malam ini. Hehehe.

~Stop Here~

Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulilah syukur.

Sesungguhnya aku bersyukur pada ALLAH atas apa yang berlaku sekarang. Ujian dan dugaan Nya itu banyak mematangkan aku.

Semoga hati aku akan terus teguh dengan bantuan Mu. Dan Semoga apa yang ada ini berkekalan selamanya. Amin.

Gambar Hiasan


Friday, May 22, 2009

Complicatednya Dunia

Dalam hidup ini,
Kita sering melakukan kesalahan pada orang lain,
Secara sedar atau tidak,
Dan bila kita sedar, seringkali kita minta maaf,
Tapi, hakikatnya,
Masih ada parut yang akan kekal,
Dan, sampai bila pun kesalahan kita akan beparut di hati,
Apa yang kita perlu lakukan,
Akuilah kesalahan itu dan redhalah dengan apa yang terjadi,
Semoga ALLAH yang memadamkan parut itu.

Dalam hidup ini,
Kita sering merancang,
Seringkali kita rasakan bahawa rancangan kita adalah yang terbaik,
Tapi ingat,
Sesungguhnya ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk kita,
Redhalah dengan apa yang berlaku.
Mungkin kita sangkakan hujan hingga ke petang,
Mendung & hujan pula yang datang, kita sedih,
Kemudian ALLAH hadiahkan kita,
Pelangi yang indah.

Kata kunci nya,
Sabarlah dengan apa yang berlaku,
Ada hikmah disebaliknya.


P/s: Saya tenangkan hati saya yang sedih kerana saya akui, semua kesedihan itu datangnya dari kesalahan diri saya. Sukar untuk mengubah apa yang berlaku skrang. Saya harap akan tiba saatnya, semua itu akan berubah. Semoga ALLAH makbulkan permintaan saya. Amin.

Tuesday, May 19, 2009

Antara Tiga

Alhamdulillah. Dah dapat 3 tawaran tempat untuk sambung Master:

  1. MSc (Polymer Technology) UTM
  2. MSc ( Chemical Engineering ) USM
  3. MEng (Chemical Enginering) UKM
Pening jugak kepala untuk buat decision mane yang terbaik. UTM dah kena tolak sebab course bukan course pilihan saya. Lagipun UMP dah syaratkan ambik Chemical Engineering. So, skarang ni antara USM and UKM. Kalau USM, course mixed mode. 20 jam kredit study and 20 jam lagi research. Kalau UKM plak fully course work, 36 jam kredit. Kedua-duanya menarik.

Ada orang cakap, kalau gaji based on MSc lebih rendah dari M Eng? Betul ker?.. Hurm, ni yang susah nak decide ni? Kalau betullah, so kena pilih UKM la kot. Harap2 saya dapat buat keputusan yang tepat. InsyaALLAH...


P/S: Tengah sedih sebab dapat Bronze jer utk ITEX 2009. Tapi projek tu akan dibawak utk PECIPTA plak. Harap ada sinar GOLD. :(

Monday, May 18, 2009

Sahabat Kecil

Lagu yang saya sangat suke skarang ini. Sahabat Kecil, OST Laskar Pelangi.

Baru saja berakhir
Hujan di sore ini
Menyisakan keajaiban
Kilauan indahnya pelangi

Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengaguminya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa di beli

Bersamamu ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya

Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah untuk hadapi
Hingga sedih tak mau datang lagi

Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini tanggal 16 Mei. Semua orang tahu betapa keramatnya tarikh ini. Kepada warga pendidik seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Guru/Cikgu/Pensyarah.

Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa (1992-1997), terima kasih banyak-banyak. Teringat kat Teacher Rozilin dan Ustazah Wan Hamidah, sebab cubitan dari tangan mereka amat berbisa. Anyway, thanks sebab cubitan itulah yang menyebabkan saya rajin. Hehe.

Buat cikgu-cigku di SMKA Durian Guling (1998-2000). Terima kasih juga saya ucapkan kerana jasa kalian lah yang menyebabkan saya mendapat keputusan cemerlang masa PMR dan dapat berpindah ke sekolah asrama penuh. Buat Cg Kartiha, anda la cg yang paling best best kat sana . Hehehe. Saya bangga kerana saya salah seorang penduduk asal Kg Durian Guling yang dapat peluang belajar di sekolah yang gah di dalam kampung saya.

Cikgu-cikgu di SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) (2001-2002) adalah yang terbaik bagi saya. Di sekolah inilah saya belajar semua perkara. Sekolah yang memberikan seribu makna. Kenangan-kenangan indah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya pernah mendapat ranking 100/102, dari situ, dengan sokongan guru-guru dan kawan-kawan, saya berusaha sehingga mencapai tahap skarang. Buat seluruh warga guru di SESTER, teruskan berjuang mendidik anak-anak bangsa kerana saya percaya dengan kebolehan guru-guru SESTER membentuk pelajar-pelajar cemerlang tidak kiralah walau seteruk mana pun pelajar itu pada awalnya.

Terima kasih teacher Rabaah, Ustazah Fatimah, Ustaz Nasir, Cg Nazi, Cg Rosli, Cg Azri, Cg Latif, Cg Norhayati, Cg Aziz, Cg Jamil, Cg Jeff, Cg Dalina,Ustazah Sakinah, Cg Rozilah, Cg Zurita dan semua cikgu-cikgu di SESTER.

Saya masih mencari contact Teacher Rabaah Adawiyah (English), Ustazah Fatimah (B Melayu) & Cg Zurita (Bio). Dimanakah cikgu-cikgu ini sekarang. Sesiapa yang ada maklumat , sila hubungi saya. Hehehe. Terima kasih.

Untuk semua pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, terima kasih juga. Teruskan mendidik anak bangsa tanpa jemu. Doakan agar saya dapat mengikut jejak langkah kalian semua. InsyaALLAH.


Dari Dato'Usman Awang:

Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,

Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia

Sejarahnya dimulakan
oleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca

Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.


P/s: Masih menjadi tanda tanya saya, kenapa nama Hulu Terengganu di ambil?? Istimewanya.. Hehehe...



Sunday, May 10, 2009

Buat Mak Saya


Untuk mak saya ini....


Semua orang sayang mak dia,
Saya pun sayang mak saya,
Bukan setakat sayang biasa-biasa,
Tapi sayang sangat-sangat,
Mak saya pun sayang saya,
Sebab saya anak bongsu dia,
Biasalah, itu adat dunia.

Mak saya tak pernah sekolah,
Membaca, menulis pun dia tak tahu,
Tapi mak saya nak saya jadi orang berilmu,

Saya ingat lagi,
Masa nak masuk taski, mak saya tunggu,
Tapi saya tak nak skolah, saya nangis,
Jadi saya tak masuk taski atau tadika.

Masa nak masuk darjah satu,
Mak saya hantar ke skolah jugak,
Mak saya sanggup tunggu,
Jadi saya pun masuk sekolah,
Start blajar A,BC & 1,2,3 masa darjah satu.

Skarang,
Saya dah ada ijazah,
Ijazah saya kelas pertama,
Tapi, mak saya tak tahu,
Biarlah, asalkan dia gembira,
Itulah yang saya mahu.

Lepas ni,
Saya nak sambung master & PhD pulak,
InsyaALLAH ,
Harap-harap saya berjaya,
Semuanya berkat mak saya,
Buatkan air panas untuk saya mandi,
Kalau tak, saya tak nak pergi skolah.

Masa kecik dulu,
Mak suruh jadi cikgu,
Skarang,
Saya cakap kat mak,
Saya nak jadi lecturer,
Mak tunduk kepala, tak tahu,
Oh saya lupa..mak mane tahu cakap orang putih,
Saya cakap saya nak jadi pensyarah,
Mak pun senyum.

Harap-harap,
Suatu hari nanti,
Saya dapat duit banyak-banyak,
Nak hantar mak & ayah saya pergi Makkah,
Itulah hadiah terbesar saya nak bagi,
Nak balas jasa mak saya,
Walaupun tak mampu nak bandingkan,
Dengan setitik peluh mak saya.

Untuk mak saya tercinta,
Shamsiah bt Mamat,
Selamat Hari Ibu,

"Dimata dunia, kau hanya seorang insan biasa,
Tapi, dimata insan biasa ini, kaulah dunianya"

Terima Kasih kerana menjadikan saya seperti saya hari ini.


** Juga nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak angkat saya, Pn Zakiah Abdullah. Terima kasih atas segala nasihat dan kata-kata semangat yang selalu diberi. Saya amat menghargainya. InsyaALLAH, saya akan sentiasa menjadi saya seperti saya hari ini.

Friday, May 8, 2009

IELTS Result

Hari ni sangat berdebar coz hari ni kluar result IELTS. Bangun jer tdo, terus bukak website British Council. Lepas key in semua data, so kluar la results nye:

Overall Band : 6.5

Wahahaha. Alhamdulillah syukur. Maknenya dah lepas Requirement Fellowship pun. Then, banyak University kat oversea yang just nak Band 6 sahaja. So, result tu pun rasa dah mencukupi. Tapi, skrang ni goverment dah tak support master ke oversea. Takper, PhD nanti sambung oversea. InsyaALLAH. Lega rasenya, coz sangat2 berdebar tunggu result ni.

Alhamdulillah. SyUkur.

Monday, May 4, 2009

Tunggu Gaji Masuk

Saat -saat kritikal macam ni la rase mcm tak sabar sgt2!!!
Tunggu gaji masuk
Luse...rase mcm lambat jerk!!!

Padahal,
Duit gaji dulu ade lagi,
Tapi, biasa la excited nak dapat gaji tu lebih lagi.
Hahaha..meterialistik jugak aku nie,
Inilah manusia,
Tak pernah puas dengan apa yang ada.
(Terbias plak kat diri sendiri, mcm ckp dgn cermin jer..Hahaha)

Kepada Uddin : Duit elaun tak masuk lagi yer.. mau pinjam duit aku??Hahaha.
Kepada Pija & Hanis : Korang dah tak de kat UMP.. baru cadang nak blanje.. Terlepas!!
Kepada Koreivians: Jgn lupe bayar duit travel kita.. Buat2 lupa plak :p
Kepada ?????: Jom makan kepok & satar kat Mok Na!!!

Wednesday, April 29, 2009

Sekali Sekala Tension

This week agak stress la! Sebab aper?? Satu,sebab baru ni IELTS susah giler. Mcm mane nak score tinngi ni!!! Seperti yang dijangka reading memang susah. Lepas jer habis test, orang semua bising coz tak sempat masa. Tak tahu lah mcm mane resultnyer nanti. Speaking plak, kena tajuk yang agak susah. Dia tya pasal musuem art galleries and aging population. Wargh, dua-dua tu tajuk yang tak familiar. Watever pun, bedal jer. Doa doakan at least dapat lepas requirement Fellowship ni sudah. Huhuhu :(

Then, dari dua hari lepas berusaha nak jadikan Halba Mucilage aku tu dalam bentuk powder. Semua step dah ok. Sampai last step, kena keringkan kat dalam oven. Last2, habis hangit dan hangus aku nyer sample. Waaa..malas nyer nak buat lain. Leceh betul. Tapi nak buat cam mane, name nyer kejer, kalau tak, makan gaji buta la den. Hehehe.

Terpikir plak lagi dua paper nak kena submit kat Dr Hayder. Lagi tension!! So, weekend ni kena balik rumah. Hilangkan tension. Yups, solution yang paling berkesan. Hehe :p

Wednesday, April 22, 2009

Cerita Pusing

Lately ni, banyak mender yang duk pusing pusing kat kepala aku . Walaupun nampak rilek, tapi pening jugak kepala aku memikirkan nya. Ada banyak mende yang duk aku pikir ni such as:


IELTS Examination (25/4/2009)

IELTS ni stand for International English Language Testing Systems. Dah la ilmu bahasa inggeris tak cukup lagi dalam kepala aku ni. Exam tinggal lagi 3 hari. Writing ok kot (hahaha), but reading and listening yang masalah sket. Lagi satu speaking, ade ke sesi aku pukul 4.45 petang, inilah yang duk menggangu mood aku ni. Huhu. Anyway, my target is just Band 6, since the requirement untuk Fellowship Scheme hanyalah Band 5.5. Bile nak sambung pHD nanti buat balik, then score Band 7.5, Hahahaha . But, i'll try to get at least 6.5 this time. Hehe. Pray for me!!!

My New Task

Dr Hayder ade bagi project baru kat aku. So, I need to prepare more fenugreek mucilage. Dia cakap nak email new method, but sampai skang tak dapat2 lagi. Internet kat UMP ni agak teruk sejak akhir2 ni. Then, die suruh aku cari method camner nak buat mucilage tu jadi insoluble in water. Hurm, anybody know??? Satu lagi pasal ITTEX this May, dia cakap everything has been settled. Alhamdulillah, senang keje aku. Hehehe.

Master Offer

Semalam dapat satu offer untuk Master dari UTM. But the thing is, aku dapat Msc (Polymer Technology) sedangkan rasenya aku mintak MEng (Bioprocess). Bile telefon SPS UTM, dia kate Fakulti cakap aku lebih sesuai untuk course tu. Then, bile aku fikir balik, cammane aku dikatakan lebih sesuai untuk amik Polymer Technology sedangkan masa Degree dulu, tak pernah pun amik subject polymer. Hurm, tak pelah. So, I'm just waiting for another offer from USM , Msc (Chemical Engineering) and UKM, MEng (Chemical Engineering). Hope boleh dapat mane mane satu. InsyaALLAH.

UMP Water Crisis

Masuk hari ni dah 8 hari ada water crisis kat UMP ni. Kesian duk tengok student pusing ligat mencari air. But this time, JBA rajin sket duk hantar air. Tadi, bile bukak paip dah mcm ada air. Harap semuanya kembali seperti sedia kala. Huhuhu. Tu lah, org suruh duk luar, nak jugak duk dalam UMP ni. So, you deserve it lah. Hahaha.


Thursday, April 16, 2009

Kisah Ibu Mithali


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing.

Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh.. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu...

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. . Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri.. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


P/s: Kisah ini aku dapat dari email tadi. Rase mcm kisah dia sangat menarik. So, hargailah ibu anda semua. Bagi sesapa yang tak tepon mak lagi tu, sila la tepon. Yang tak balik umah tu, sila la balik umah. Jangan sampai mak sound "Ko da lupe alamat umah ker" (jngn marah yer p). Kepada sesiapa sahaja dan diriku sendiri, harap menjadi anak yang taat dan sentiasa meletakkan sayang, kasih dan cinta kepada Mak adalah No 1 sebelum anda mencintai orang lain . Harap sedikit sebanyak entry ini dapat mengingatkan anda kepada mak anda semua. Salam.

Monday, March 30, 2009

Oh Bulan...

Oh Bulan...
Enggan melayan diriku lagi......

Saturday, March 21, 2009

Teringin atau Mengidam

Tetiba jer teringin nak makan bulgogi. Kalau nak kata mengidam, mcm org mengandung plak. So, perkataan paling tepat adalah teringin. Hehehe. Bulgogi ni sejenis makanan Korea yang diperbuat daripada daging dan di masak atas hot plate. First time makan masa trip ke Korea dulu. Inilah makanan paling best ketika kat sana. Thanks kepada Persatuan Muslim Korea kerana blanje makanan yang sedap nie.


Sebelum masak sepenuhnya


Apabila telah masak


Hanis and Pija dah janji nak wat Bulgogi nie. Takper, daging aku blanje, tp kena tunggu gaji masuk dulu lah. Hehehe. Tak sabar rasenyer nak makan. Tambah2 lagi makan ngan member2. Lagi sedap!!!

Thursday, March 19, 2009

Aku & Bende-Bende Sedap

Aku & bende-bende sedap memang sukar untuk dipisahkan!!! So, cube korang perhatikan dan cari apa bende2 sedap dalam gambar dibawah:



Hahaha. Dah dapat?? Ok.. Aku senaraikan satu-satu bende yang sedap dalam gambar diatas:

  1. 2 ekor ikan celup tepung
  2. Sepinggan sotong celup tepung
  3. 3 cucuk kerang celup tepung
  4. 3 cucuk udang celup tepung
  5. Sepinggan kepok lekor
  6. Air nyor
  7. Sos Colek
Keseluruhan harganya bersama 3 mangkuk air jagung parut, RM 29.5o dan setelah ditawar dapatlah harga RM 29. Lokasinya, Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.

Kalau nak rasa, silalah berkunjung. Sedap!!!!!

Wednesday, March 18, 2009

Bertambah Koleksi

Koleksi Apakah?...
Awek Ke???? Mane leh..aku ni setia!!!! Hahaha.

Baru saja aku dapat masej mengatakan akak aku telah bersalin. Maka, secara automatiknya aku telah mendapat anak sedara yang baru. Perempuan. Kalau tak silap aku ni anak sedara yang ke 20 kot..Eh..bukan 23 kot. Huh, aku luper... Hahaha. Jap, aku nak try listkan ni:
  1. Nor
  2. Alim
  3. Shira
  4. Fahmi
  5. Kak Ah
  6. Aisyah
  7. Akmal
  8. Alif
  9. Aizat
  10. Adam
  11. Along
  12. Angah
  13. Acik
  14. Asyraf
  15. Arif
  16. Maisarah
  17. Imran
  18. Amir
  19. Iwan
  20. Nabila
  21. Akim
  22. Latest one..apa nama aku nak letak ek??
Haha....22 rupenyer... Ker ada yang tertinggal?? Ok cukup.. Bertambah koleksi ni maka makin:
  1. Riuh rendah la umah aku
  2. Meriahlah raya aku
  3. Habislah duit aku kena pau!!! Terutamanya Hari Raya...
  4. Kayalah KFC!!! Anak sedara aku semua kaki ngepau aku kat KFC!!
Apa apapun best gak anak sedara ramai ni. Leh suruh tolong basuh motor, beli barang kat kedai, tolong top up kan (tapi diorang ngepau mak aku la) dan yang paling penting diorang jadi tukang support aku kalau aku berebut chanel astro ngan pelanggan kat kedai aku. Hahaha.

Ok, semoga aku menajadi bapak sedara yang makin baik ~ (^_^)V

Koleksi Anak Buah

Agak-agak la kan, Kalau aku kawen, brape orang aku dapat anak ek???? Hahaha.. Ok.. Sudah!!!! Habis kat sini jer....

Monday, March 16, 2009

Di Sebalik Laskar Pelangi

Jika anda inginkin motivasi terbaik untuk sebuah kejayaan,

Jika anda merasai sendiri bagaimana susahnya golongan miskin mencari ilmu dan mencipta kejayaan,

Jika anda melihat ketidakadilan dunia dan dalam masa yang sama ingin belajar cara untuk redha dengan ketidakadilan itu,

Jika anda inginkan keyakinan bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya,

Jika anda ingin menilai sebuah erti persahabatan

Jika anda ingin menghargai pengorbanan seorang guru,

Jika anda ingin melihat bagaimana MELAYU itu dijunjung,

Maka

Inilah buku yang paling sesuai untuk dibaca oleh anda.


(Sekiranya anda mendalami dan memahami novel Laskar Pelangi , anda pasti dapat meneka masa satu Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Trapani, Syahdan, Borek@Samson, A.Kiong, Sahara & Harun.)


Sebuah lagi OST Laskar Pelangi: Sahabat dari Garasi

Di saatku butuh dirimu
Ku inginkan kau disisiku
Saat kau perlukan hadirku
Ku janjikan ada untukmu

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Ku nantikan saat bersama
Penuh cerita dan ceria
Redakan beban yang terasa
Memberi warna dalam jiwa

Ku akan selalu berjanji
Untuk segera sampai nanti
Kan selalu ada untukmu temani harimu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karena kaulah sahabatku

Berjanjilah tak meninggalkanku
Dan janjilah kau tak melupakanku nanti
Dan kita harus selalu menjaga
Arti dari sebuah persahabatan kita ini

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karna kaulah sahabatku


Thursday, March 12, 2009

Kisah Pasar Malam

Seperti biasa , petang khamis, aku pergi membeli makanan kat pasar malam.

On the way balik, aku terpndang dengan sekumpulan student yang tengah lepak kat devider jalan. Ada sekumpulan pelajar perempuan dan laki. Perangai dan gelagat mereka amat mengecewakan. Memang aku sedih tengok keadaan mereka.

Selama aku belajar disini sebelum ini, aku belum pernah melihat kelakuan yang teruk dan menyedihkan ini. Aku ni bukanlah baik sangat, tapi at least, aku mampu fikir mana yang baik dan mana yang buruk coz sebagai pelajar "UNIVERSITI", masyarakat setempat memandang kita. So, kalau keadaan ini yang dipertontonkan kepada masyarakat, apa lagi harapan yang tinggal.

Aku terpikir “ini ke student universiti sekarang. Apa nak jadi dengan anak bangsa kita yang macam ni !!!”

Siapa yang mampu menjawabnya.....

Wednesday, March 4, 2009

Kepada Sesiapa Yang Kena Tag

Assalamualikum...

Kepada sesiapa yang kena tag oleh aku, aku tarik balik tag tersebut. Atas Nasihat saudara Azam.

Terima Kasih Azam :) ^(*_*)^

Kisah Kenduri Kahwin


Kisah ini terjadi pada 1 Mac 2009.
Dengan semangat berkobar-kobar, aku telah membawa hadiah yang agak besar untuk Kak Siti, hasil perkongsian duit aku dengan Mamat. Terpaksa berkongsi dengan Mamat coz gaji tak masuk lagi. Pukul 10 pagi, aku & Kairul sudah menunggu di bus stop. Sorang demi sorang datang, akhirnya tibalah kereta Viva BKD datang ( BKD stand for what ek....) . So, secara rasminya Kairul telah menjadi driver, Kak Ayu menjadi co driver, aku n Adam menjadi penumpang kehormat kat belakang. Bermulalah perjalanan berkonvoi 6 buah kereta.

Keadaan yang pada mulanya tenang, bertukar menjadi semacam r
ace. Satu demi satu kereta geng2 lain potong kereta kami dan akhirnya kereta kami agak sedikit terkebelakang. Maklumlah, kenderaan berat, hendaklah sentiasa disebelah kiri. Tapi, hairannya, kereta baru Myvi CCF masih dibelakang kami, dan kerana semangat berkonvoi, akhirnya kami bersetuju untuk menunggu kereta dibelakang. 4 kereta didepan sudahpun meluncur laju meninggalkan kami. Masing-masing telah membuat satu agreement untuk bertemu di Tol Lanchang.

Biasalah, dalam perjalanan, dengan adanya Kak Ayu dan aku, yang telah lama tak bersembang dan berkongsi cerita, dan ditambah pula dengan Kairul dan Adam, debater Ump, keadaan dalam kereta viva kami bertukar menjadi hingar bingar. Dari satu gossip, kepada gossip yang lain, penuh dengan berita terkini , hiburan sensasi. Banyak info baru yang hangat aku dapat tahu, maklumlah sudah hampir enam bulan meninggalkan UMP. Gelak ketawa dan senyuman mengiringi perjalanan kami.

Tiba-tiba terdengar satu suara "Eh, tu bukan Tol Lanchang ke?”.. maka aku menjenguk kepala dan melihat. "Betullah, tu tol lancang la...”.. Kak Ayu dengan gelabahnya menjawab ” Alamak, kita dah terlepas” dan Adam masih blur sebab baru bangan dr tdo. Hahaha, kami telah terlepas tol. Nak patah balik tak boleh, so terpaksalah la keluar tol Karak. Orang
cakap, terlajak perahu boleh undur, terlajak sembang, terlepas tol la gamaknya. Masing-masing pasrah. Tapi, aktiviti sembang menyembang kami tak pernah terhenti walaupun terlepas jalan. Hurm, tak belajar dari kesilapan.

Tapi, semangat utuk ke rumah Kak Siti masih berkobar-kobar. Malu bertanya sesat jalan. Berpandukan pepatah itu (chewah..chewah)..Dari budak yang sapu sa
mpah, budak2 yang berkumpul di bawah pokok, hinggalah pakcik goreng pisang, habis semuanya kami bertanya. At last, sampai jugak kat rumah Kak Siti di Felda Mempaga walaupun beberapa kali tersesat jalan. Yang paling best, kami sampai bersama dengan rombongan pengantin dan disambut dengan paluan kompang. Ini sedikit sebanyak dapat meng”cover” malu kami yang sesat dan tak ingat dunia kalau dah bersembang. Hahaha.

Kerana lapar, kami makan dengan enaknya. Sesambil itu, korang teng
oklah gambar dibawah ni yer..


senyum-senyum cover malu...Hehehe


Pengantin bagai pinang dibelah-belah. Senyum lebar Kak Siti..


Pengantin nak makan beradab... Biadapkah kami mencelah untuk amik gambar???


Kepada Kak siti & Suami, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal keakhir hayat. Gunakanlah mineral pot yang dihadiahkan dengan sebaiknya.. Eh, terbagi tau plak :)

Sesekali persoalan ini bermain di fikiran. Sorang demi sorang kahwin. Aku bile lagi??? Ada ke jawapan untuk soalan itu??? Tunggu.....

P/S: Kepada kawan-kawan yang nak kahwin tu, jangan lupe jemput saya yer. Saya masih menggunakan no telefon dan alamat yang sama. Terima Kasih :)