Tuesday, December 30, 2008
So Tired...
Saturday, December 20, 2008
Here We Are



P/s: Ingat tak lagi, setiap orang diberikan kertas yang mengandungi nama orang lain. Then, orang tu kena comment nama orang yang dia dapat. So, inilah resultnya. Hehehe. Jom pakat mengaku saper yang comment saper. Ini masanya utk kita reveal semua. Hehehe. Sapa nak start mengaku dulu..silakan. Hehehe.
Monday, December 8, 2008
Pengorbanan
Apakah maksud istilah ini? Istilah seperti ini sering berkumandang di telinga terutamanya di musim Hari Raya Aidil Adha ini. Istilah sebesar ini semestinya membawa pengertian yang pelbagai dan boleh merungkai pelbagai maksud dan andaian yang tersendiri. Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samada ianya menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.
Cuba kita lari dari memikirkan maksud besar istilah pengorbanan itu dan kita beralih kepada perbuatan yang menggambarkan pengorbanan itu sendiri. Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku mengenai pengorbanan:-
Kita sering melalukan pengorbanan. Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Ya, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Tidak adakah secebis perasaan seperti sesuatu pengorbanan itu memerlukan balasaan yang setimpal...secebis mungkin banyak...apa kata sekelumit perasaan? Sebagai manusia biasa, aku tidak mungkin lari daripada memikirkan semua itu. Bila sesuatu pengorbanan yang dilakukan itu tidak mendapat sekelumit ganjaran, kadang kala timbul perasaan tidak puas hati. Hurm, persoalan yang sukar untuk dijawab. Biarlah perasaan tidak puas hati itu wujud, aku percaya perasaan itu akan luput dan hilang bila masa berlalu. Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera.
Oleh kerana iman dihati ini tidaklah setebal mana, kadang kala terpikir dunia ini tidak adil. Seringkali apabila mendengar orang berkata dunia tidak adil , kita sering mencantas kata-kata itu dengan mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus bersabar. Memang benar, tapi bila sesuatu yang mengecewakan dan menghampakan berlaku keatas diri sendiri , barulah kita sedar meungkapkan kata-kata itu merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Hurm, mungkin bersabar adalah perkara yang terbaik, dan ini mungkin salah satu pengorbanan. Alamilah sendiri, apabila memberi nasihat, letak diri dalam keadaan itu.
Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya kita terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam kita lakukan, tetapi dia mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidupnya. Selepas itu kita akan terfikir, mengapa kita harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini. Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Hurm...dunia.
Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa. Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.
Buat kawan-kawan semua, Selamat Hari Raya AidilAdha. Bukalah jiwa dan minda seluas-luasnya.
Friday, December 5, 2008
Sukarnya Membuat Keputusan..
Sukarnya nak buat keputusan..
Kadang-kadang lebih baik jika hanya mempunyai satu pilihan,
At least kita takkan menyesal dengan keputusan..
Sebabnya kita tidak mempunyai pilihan.
Hai..
Susahnya...
Hurm..
Monday, November 17, 2008
Internship Experience
Tempat ni dinamakan Waste Water Treatment Plant. Tujuannya adalah untuk treat waste water dari plant2 sekitarnya. Hanya menggunakan biological treatment. Everyday aku akan ambik sample kat sini. Walaupun tempat ini sangat busuk, tapi ia amat mendatangkan banyak keuntungan. Hehehe
Tempat ni pulak dinamakan Co generation Unit Plant. Menggunakan Gas Turbine & Boiler system untuk menghasilkan steam dan elektrik untuk plant2 sekitarnya.
Tempat ni pulak dinamakan Air Sepoeration Unit Plant. Tujuannya untuk seperate air kepada nitroge, oxygen and argon.
Satu posting poyour dari aku. Tempat ni quite tinggi la, kat stack gas boiler.. Kena panjat and of course gayat giler. Actually, tidak boleh mengambil gambar dalam plant, tapi aku tak tersengaja suruh technician amik gambar aku.. Hahaha...Saturday, May 24, 2008
Final Semester Result
& anda berusaha keras untuk mencapainya..
&Akhirnya menjadi kenyataan..
Hurm....
Really Happy :)
Alhamdulillah. Syukur
Monday, May 12, 2008
Mok Su Wook & Pok Su Ya Territory
Friday, May 9, 2008
Saturday, May 3, 2008
Dialek Teganu..
Jong..kita samer2 asah bahasa teganu...hehehe..
Dialog 3 org mokcik tengoh tggu motor ikang tepi jalang kuala berang...
Mok Long Selamoh : Guane doh adik mung Mek? (How your brother Mek?)
Mok Teh Som : Bakpe pulok adik dia? (What happened to her brother?)
Mok Long Selamoh : Laaa! Mung dok tau ke Som? (You don’t know Som?)
Mok Teh Som : Dok tau setarang kita. (I don’t know anything)
Mok Long Selamoh : Adik dia kena langgor lori kemareng. (Mek’s brother Was knocked down by lorry yesterday)
Mek Beso : Bukang lori mok Long, beng ikang! (It wasn’t a lorry Mok Long, it Was a fish van)
Mok Long Selamoh : Mujo bukang lori! (Lucky it wasn’t a lorry)
Mok Teh Som : Pah tu? Terok ke? (Then? Was he seriously injured?)
Mek Beso : Kaki patah sebelah…… (One leg was broken)
Mok Teh Som : Mujo dok patoh dua dua…. (Luckly both legs weren’t broken)
Mok Long Selamoh : Tu pong mujo dreba beng dang brek. (It was lucky that the van driver branked in time)
Mek Beso : Mujo beng tu dok laju…. (Lucky the van wasn’t going fast….)
Dialog ni tentang perkataan mujo..ataupun "Mujur"..hehehehe..
dialog ni berkisarkan tentang ke"mujur"an yang berlaku..
Sebenarnya aku sajer jer posting entry nie...
Maklumla 2- hari lagi aku nak balik Tranung..
Hehehe..
Dok sabor waser!!!!
Singapore Tour
Baru-baru ni ( 26 & 27 April 2008) aku telah selamat pergi and pulang Singapore dengan Bash n Najib. Oleh kerana masa yang terhad, kiteorg g Pulau Sentosa jer.Travel menjadi satu hobi baru aku akhir-akhir ni. Hehehe. Malas la nak criter story2 yang panjang neh. Just posting gambar sudah. hehehehe.
Actually, banyak lagi tempat aku p..tapi penat la nak citer...
Walaupun melayang duit, tapi best jugak coz leh dapat banyak experience. Maklumla, dari tak tahu ape-ape pun..kiteorang selamat pergi n balik.
Hehehe..So, perancangan hujung tahun ni..
BEG PACK TRAVEL TO BANGKOK!!!!
nantikan kemunculannya...hehehe..moga -moga aku ader duit.. saper nak ikut!!!!
Tuesday, April 22, 2008
Presentation is Over!!!
I can say that I already grad now..hahahaha...
The final presentation today is so smooth..
Although the panels come form industries..but i was so good...
And i feel so good..
Dont think about the report yet..
Just think how to ENJOY...
So, Any ideas???
Tuesday, April 8, 2008
Melantaknya Geng-Geng Ex-Koreivians
Kepada geng-geng Ex-Korevians yang tgh praktikal sekarang, jangan buat-buat lupa plak nak belanja kami. Haidar, Jang, Uddin and Pian..kami menanti giliran anda!!!!!
Thursday, March 20, 2008
Maulidur Rasul
20 March 2008
Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Nabi Keagungan Umat Islam
Pemergianmu
Kau masih tersenyum mengubat lara,
selindung derita yang kau rasa,
senyuman yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan
Hakikat tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu Humaira
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yang ESA
Tangan dicelup di bejana air
kau sapu di muka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada ummah dan akhirah
Dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwa mu
berlalu linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk ummat menerima
bahkan payah untuk umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahwa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cinta mu selamanya
First time dengar lagu ni dulu, mengalir air mata ini. Kisah Baginda Rasulullah SAW menanti detik ajalnya. Tak terbayang bagaimana pengakhiran hidup ini. Semoga aku berada di tempat orang-orang yang beriman dan syurga menjadi milikku. Amin
Tuesday, March 18, 2008
Insan Bergelar Sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Adakah kita mampu mencari dan berjumpa dengan sahabat sebegitu rupa dalam dunia sekarang ini. Jika jawapan anda ya, tahniah..kerana sahabat yang anda jumpa tersebut mungkin satu dalam sejuta. Tapi hakikatnya susah...
Memang sukar untuk menjadi dan mencari sahabat terbaik. Daripada mencari, baik kita menjadi sahabat yang terbaik. Dan aku mengaku, aku bukannya sahabat yang terbaik..
Sunday, March 16, 2008
The Top 5 of Plant Design Presentation
The top 5 group among 30 groups for plant design presentation has been announced this evening and here is the top 5's group.
Group 1: Production of 100 000 MT/Annum Butyl Acrylate
Supervisor: Prof. Dr. Rosli Mohd Yunus
Group 12: Recycling of 15 000 MT/Annum palm oil from spent bleaching earth
Supervisor: Cik Mazni Ismail
Co-supervisor:Cik Rohaida Che Man
Group 18: Production of 100 000 MT/Annum Methyl tertiary butyl ether (MTBE)
Supervisor: Cik Wan Salwanis Wan Md Zain
Co-supervisor: Pn. Nurzahida Mohd Zaid
Group 19: Production of 100 000 MT/Annum Methyl ethyl ketone (MEK)
Supervisor: Cik Nasratun Masngut
Co-supervisor: Pn. Nina Suhaity Azmi
Group 20: Production of 100 000 MT/Annum Benzaldehyde
Supervisor: Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim
And the purple colour is my Group!!! Well done Danny, Sukai, Azim, Ada, Not and me. Good Job!!! Jom Kerja keras lagi untuk dapat A...




