Sunday, January 4, 2009

K. Terengganu-Kuala Lumpur- Ipoh-Genting-Kemaman-Kuantan


24 Dis 2008 :
Bertolak pada jam 10.00 malam dari stesen bas MBKT menaiki bas SP Bumi Double Decker ke Hentian Putra. Bas ni agak selesa, walaupun tak dapat tido dengan lena coz ada sorang budak menangis tak henti-henti dari K.Terengganu hingga ke Kuala Lumpur. Terpaksalah tahan telinga!!!. But, nama pun budak kan.

25 Dis 2008:
Depart at Hentian Putra pada jam 5.00 pagi, then jumpa ngan Uddin. Bash pick us up at 6.30 pagi terus ke rumah dia kat Keramat. At 10.00 am, bertolak ke Ipoh , tapi sebelum tu singgah ke Jusco Setiawangsa untuk beli hadiah. Selepas sesat selama satu jam di Rawang dan lebih kurang sejam di Ipoh, akhirnya pada pukul 4.30 ptg, sampai jugak ke rumah Nonie di Ipoh. Thanks to makcik goreng pisang dan pakcik pulut panggang yang bersusah payah tunjukkan direction. Walaupun kenduri Kak Edah and Abg Epul dah nak habis, tapi sempat jugak jumpa diorang. Akhirnya dapat jumpa semua ahli keluarga Nonie, walaupun dah jumpa sebahagian daripadanya sebelum ini. Kenduri di Perak lebih kurang sama jer ngan Terengganu, yang bezanya cuma waktu kenduri di Trengganu lebih panjang tempoh masanya dan lauk–pauknya lebih simple sahaja. Walaupun Nonie agak sibuk dan tidak sempat untuk melayan aku, tapi nasib baik ada Damia, Yana, Acha, and Alisha untuk layan bakal pakcik diaorg ni. Hehehe. Very mesmerizing memories!!! Sempat jugak jumpa Pak Uda aka Danny. Tapi Danny, you own me Secret Recipe k.

26 Dis 2008:
Just hanging out around KL with Bash, Pian and Adan.

27 Dis 2008:
KOREIVians trip to Genting. Perangai semuanya tak pernah berubah walaupun ada yang dah bergelar Engineer. Masing-masing still dengan perangai tak senonoh yang tersendiri. Menaiki space shoot, roller coaster, and makan bersama-sama kat Restoran Chinese (halal ok) adalah saat yang paling menyeronokkan. Walaupun ada sedikit tragedy yang berlaku dimana kereta kabel yang kami naiki beberapa kali terhenti akibat angin yang kuat, tapi, perkara ini sedikit sebanyak telah memberi keinsafan kepada kami. Betul ker?.. Lastly, gathering ini diakhiri dengan aktiviti karaoke di Ampang Park. Seribu Impian telah di pilih untuk menjadi lagu tema Koreiv.


28 Dis 2008:
Just jalan-jalan mengeratkan hubungan. Faham-faham jer la :) Hehehe.

29 Dis 2008:
Bertolak pulang ke Kuala Terengganu dari Hentian Putra dengan menaiki bas Double Decker jugak. Bayangkan bertolak pukul 1030 pagi, tapi pukul 7.00 ptg baru sampai ke Kuala Terengganu. Nak muntah aku. Lembap siot bas warna merah ni!!

30 Dis 2008:
Baru jer stay rumah semalaman, lebih kurang pukul 10.00 pagi, Rizuan datang ambik aku untuk hantar dia ke rumah Nuar di Kemaman. Kesian giler kat dia, sebabnya tempat dia praktikal di Kerteh dari rumah Nuar di Kemaman lebih kurang 45 minit. Pada mulanya, aku dah bagi tahu Adam nak mintak dia tumpang rumahnya di Perumahan Fasa III Petronas, dia kata ok, but last sekali malam tadi dia kata tak jadi pulak since dua orang lagi housemate dia tak setuju. Hurm, macam-macam la perangai manusia ni. Naik mual aku.

31 Dis 2008:
Pagi-pagi lagi Nuar hantar aku ke Stesen Bas Kemaman. Aku naik bas angkut-angkut ke Kuantan. Huh, habis lenguh badan aku , sampai tak sihat aku jadinya. Aku pelik, mcm mane bas ni still diluluskan permitnya untuk mengambil penumpang. Sampai jer Kuantan, Kaizam terus ambil aku untuk ke UMP. Sampai UMP, terus jumpa Dr Hayder. Alhamdulillah, Dr Hayder ambik aku untuk jadi reseacrh assistant dia, tapi depend on duit grant yang ada. So, on that day, aku uruskan pasal borang tu , tapi tak sempat siap coz Prof Rosli tak de.

1 Januari 2009:
Selamat tahun baru. Entahla, tahun ni, I’m not in the right mood to celebrate new year. Tak sedar pun dah New Year. On that day, just hanging out kat Kuantan ngan Zafar, Kaizam and Zahir. Aku bengang giler hari ni, coz ada sorang minah kat kedai gambar kat Megamall kenakan RM 10 untuk edit gambar passport aku. Just edit background dari biru ke putih. Tak berbaloi langsung!!!.

2 Januari 2009:
Ke UMP lagi untuk settlekan permohonan RA aku. Aku just letak contract 6 bulan jer since aku akan sambung study in Master dalam bulan June or July under fellowship scheme. Aku akan pilih untuk buat master dulu, since aku tak de keyakinan untuk buat direct phD. Orang kata, step by step. Finally pasal RA tu, settle semuanya, just tunggu kelulusan dari RMC jer. Harap-harap dapat.

3 Januri 2009:

Bertolak balik ke Terengganu pada pukul 3.00 ptg dengan menaiki bas dari Kuantan-Ktrg melalui jalan Cheneh. Bayangkan keadaan bas tu, bocor sebab hujan lebat. Lecah giler lantai dier. Dah la tak selesa, ditambah pulak dengan ada dua orang mamat depan aku tu, siap nyanyi-nyayi lagi. Bajet best!!!. Hurm, akhirnya aku sampai umah pukul 7 ptg.


Orang kata jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengetahuan!!! Then, makin banyak perangai manusia aku kenal. Penat giler aku rasa and seriously I need a rest!!!!! So, I will have my rest at home before my application to become an RA is success. Then, I’ve to start my new life at UMP again. Hurm

5 comments:

afif ahmad said...

mencabarnye ekspedisi mung....
so pasni jd RA ke??
x jd cekgu la gamoknye...

Anonymous said...

hahaha..
best kan bd
ak pon best gak..
koreiv mmg best
lalala...~

Mohd Hazaruddin said...

koriev is the best!

elliashah said...

koreiv best sbb suka ronggeng..mana nk cr geng senang ronggeng cam koreiv..yer koreiv best haha

nanti kita ronggeng lagi yer..huhu

mr junaidi said...

yup..koreiv is the best..

nanti kita ronggeng lagi..
takluki dunia..
hahahaha..