Tuesday, January 13, 2009

Keyakinan, Kepercayaan & Harapan

Hari ini aku memulakan tugas sebagai Penolong Pegawai Penyelidik di UMP untuk tempoh 6 bulan. Walaupun gajinya tidak seberapa, namun aku rasakan ini adalah peluang terbaik bagi aku untuk menimba pengalaman dalam bidang penyelidikan kerana aku telah memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya. Bermula bulan 6 atau 7 aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dibawah UMP Fellowship Scheme. Dibawah skim ini, aku akan di taja oleh UMP sehingga ke peringkat pHD dan selepas tamat belajar, aku dikehendaki untuk berkhidmat sebagai pensyarah di UMP.

Sesetengah orang bertanya, kenapa aku memilih untuk menjadi pensyarah. Dengan keputusan aku yang agak cemerlang, macam-macam kerja yang aku boleh dapat dengan gaji yang besar. Ya, memang betul, aku menerima panggilan interview daripada beberapa company yang besar seperti Shell, Exxon Mobil , Optimal Chemicals, Mox-Linde, KIC dan beberapa lagi company yang lain. Ada yang aku pergi dan ada yang tak. Tapi, bagi aku, gaji bukan sesuatu yang menjadi perkara utama dalam hidup aku. Duit memang penting, tapi cukuplah sekadar mampu menyara hidup!!! Bagi aku, ‘life’ adalah no 1. Apa guna banyak duit, tapi hidup dalam keadaan tertekan dan sibuk.??? Tapi semuanya atas diri masing-masing. Kalau minat tu ada, so, kita akan suka!!!

Aku telah membuat keputusan untuk memilih haluan sendiri dalam hidup. Aku mempunyai matlamat yang tersendiri . Bagi aku,bidang pendidikan adalah minat aku ,kerana macam-macam benda yang aku boleh buat. Disamping boleh menyumbang dan berkongsi ilmu, aku juga mempunyai masa untuk diri dan keluarga. Aku berharap agar aku akan dapat gelaran Dr. di awal umur 30-an dan itulah penanda aras terbaik dalam hidup aku. Selagi aku belum sampai ke tahap itu, aku tidak boleh diketegorikan sebagai “berjaya” lagi. Sebelum sampai ketahap itu, aku perlu redha dengan apa yang terjadi!!!

Aku sentiasa yakin , aku mampu buat dan menerima yang terbaik dalam hidup. Kepercayaan inilah yang sering menjadi motivasi dan pendorong yang terbaik dalam hidup . Aku mempunyai banyak harapan, dan insyaALLAH, dengan usaha tanpa mengenal putus asa, aku yakin dan percaya, aku mampu!!!

Kepada rakan-rakan, jangan sesekali kita menyesal dengan keputusan kita. Kita telah memilih jalan dan haluan kita tersendiri tanpa dipengaruhi orang lain. Sekiranya belum dapat apa yang diinginkan, jangan putus asa. Mungkin belum sampai rezeki kita lagi. Perjalanan yang pahit pada awalnya, akan terasa amat manis sekiranya kita sampai ke destinasi dan kita akan lebih mengingati dan menghargai perjalanan itu. Sabar dan redhalah dengan apa yang berlaku. Teruskan berusaha dan kejayaan bakal menjelma!!!


Aku terbaca sebuah blog dari seorang pemimpin, dan aku amat tertarik dengan cerita ini:

Begini ceritanya. Satu hari, setelah sekian lama kampung mereka berada di dalam kemarau yang panjang - penduduk telah memutuskan untuk membuat solat hajat. Pada hari yang berkenaan semua orang datang - tetapi seorang kanak-kanak membawa payung. Itu maknanya keyakinan.

Apabila seorang ayah melontarnya bayinya ke udara, bayi itu ketawa sebab dia amat arif bahawa kita akan menyambutnya dengan lembut. Itu maknanya kepercayaan.

Tiap-tiap malam sebelum tidor kita tidak pasti apa yang akan berlaku. Masih ada kah kita. Masih segar kah kita. Tetapi ia tidak menghalang kita daripada membuat perancangan kita. Itu maknanya harapan.


Oleh itu kata kuncinya ialah kita hendaklah sentiasa mempunyai keyakinan, memberikan kepercayaan dan jangan sekali-kali hilang harapan.

Kepada kawan-kawan dan semua, doakan aku dan aku yakin kalian juga akan berjaya dalam hidup kalian. InsyaALLAH.

8 comments:

Anonymous said...

wah..sedap la ayat2 tuh joona..ak ske la..weh, tp ak xnk jadik lecturer..ko nnt ajo anak2 ak lak erk..

elliashah said...

good luck my dear BD kun..cayok2x
kuat semangat, teruskan usaha..
aku support dr tepi ok..dengan jayanya..
doakan kejayaan kita bersama jugak.
amin.

mr junaidi said...

thanks pija n haidar!!!

Anonymous said...

same2..hahaha..

n.h.m.s said...

salam,nak tanya camne ek nak apply pen.peg penyelidik kat UMP?tq.

Anonymous said...

Salam,

saya sangat setuju 'duit/gaji bukan segala2nya'dalam bekerja. Yang penting kepuasan (satisfaction) atas kerja yang dilakukan...saya doakan semoga Sdr Junaidi dapat apa yang dihajati..M.Eng, Ph.D dan keluarga in very near future.

Anonymous said...

thanks mr kamal...

skrang ni saya dah dengar banyak comment dr kawan2...
ramai yang baru sedar.. duit is not everything...yang penting life... diorang dah pilih jalan tue..
so.. diorang dah redha...

but..ramai yang nak masuk education filed lepas nie...

Anonymous said...

nk tny,awk hntr borg fellowship tu bila ye?n interviewnye bile?skrg awk smbg master di ump lh ye..