Saturday, May 24, 2008

Final Semester Result

Bayangkan, apabila apa yang anda inginkan..
& anda berusaha keras untuk mencapainya..
&Akhirnya menjadi kenyataan..

Hurm....
Really Happy :)
Alhamdulillah. Syukur

Monday, May 12, 2008

Mok Su Wook & Pok Su Ya Territory

This is Mok Su Wook & Pok Su Ya Territory..
Collection of my nieces & nephews..

Friday, May 9, 2008

Koreivians 1st Anniversary

Sempena 1st Anniversary of Korea Educational Visit Programme 2007......


Saturday, May 3, 2008

Dialek Teganu..

Lame doh waser dok cakak dalam bahasa ganu neh...
Jong..kita samer2 asah bahasa teganu...hehehe..


Dialog 3 org mokcik tengoh tggu motor ikang tepi jalang kuala berang...

Mok Long Selamoh : Guane doh adik mung Mek? (How your brother Mek?)
Mok Teh Som : Bakpe pulok adik dia? (What happened to her brother?)
Mok Long Selamoh : Laaa! Mung dok tau ke Som? (You don’t know Som?)
Mok Teh Som : Dok tau setarang kita. (I don’t know anything)
Mok Long Selamoh : Adik dia kena langgor lori kemareng. (Mek’s brother Was knocked down by lorry yesterday)
Mek Beso : Bukang lori mok Long, beng ikang! (It wasn’t a lorry Mok Long, it Was a fish van)
Mok Long Selamoh : Mujo bukang lori! (Lucky it wasn’t a lorry)
Mok Teh Som : Pah tu? Terok ke? (Then? Was he seriously injured?)
Mek Beso : Kaki patah sebelah…… (One leg was broken)
Mok Teh Som : Mujo dok patoh dua dua…. (Luckly both legs weren’t broken)
Mok Long Selamoh : Tu pong mujo dreba beng dang brek. (It was lucky that the van driver branked in time)
Mek Beso : Mujo beng tu dok laju…. (Lucky the van wasn’t going fast….)


Dialog ni tentang perkataan mujo..ataupun "Mujur"..hehehehe..
dialog ni berkisarkan tentang ke"mujur"an yang berlaku..
Sebenarnya aku sajer jer posting entry nie...
Maklumla 2- hari lagi aku nak balik Tranung..
Hehehe..
Dok sabor waser!!!!

Singapore Tour

Dah lame rasenya tak update blog nie. Bz dengan report. Plant design and PSM. Syukur, skarang ni semua dah settle. Tggu masa nak exam jerk. Lepas tamat..yea yea yea!!!!

Baru-baru ni ( 26 & 27 April 2008) aku telah selamat pergi and pulang Singapore dengan Bash n Najib. Oleh kerana masa yang terhad, kiteorg g Pulau Sentosa jer.Travel menjadi satu hobi baru aku akhir-akhir ni. Hehehe. Malas la nak criter story2 yang panjang neh. Just posting gambar sudah. hehehehe.



Ni gambar first skali aku amik. Thanks kepada pemberi pinjam kamera. Gambar ni amik dalam bas Sinagapore -Johor Express utk ke Woodland , Sinapore. Dari jor ke singapore, kena banyak kali naik turun bas utk process imegression. Dalam 3 kali jugak la. Semua orang berlari-lari. Kiteorang jer wat rilek. Sebab tak tau ape-ape. Hehehe. Tapi sampai jugak akhirnya.







Untuk ke Pulau Sentoasa, ada 3 pilihan samada naik bas, monorel ataupun cable car. Oleh kerana aku tak pernah lagi naik cable car, so aku mengambil keputusan naik cable car la. Hehehe. harganya termasuk pakej di pulau sentosa, ada la dalam 54 dolar. Lebih kurang RM 130 jugak la. Huhuhu. Wargghhh..melayang duit aku.Huhuhu. Terpaksa lah... anggap jer 54 ringgit.huhuhu








Untuk naik cable car tu, kenala la naik lift dulu sampai tingkat 15. So, sempat lagi amik gambar dalam lift tu. Background blakang tu pulau sentosa. Nice kan....













Sempat lagi aku berposing depan cable car. Actually aku ngan najib nak sangat naik cable car ni. Bash takut sket. Hehehe.Tapi serius, mulut tak leh celupar dalam cable car. Serius tak leh!!!!











This is one of the view of singapore yang aku amik dr cable car. Ok kan. Rasa cam leh tgk satu singapore plak. Tapi seriously, singapore is a clean country. Walaupun tanah terhad, but government diorang take care every single things about environment. Naper malaysia tak cam tue???











Oleh kerana aku mengambil pakej, maka aku terpaksalah ikut group2 pelancong dari australia, india, korea , phliphines and banyak lagi la. Wah..raser cam pelancong plak. Padahal dari Malaysia jer..hehehehe.











This is underwaterwold singapore. Best jugak. Tapi budak2 ni cakap, aquaria KLCC lagi best. Ntah la..aku tak tau la sebab tak pernah p. Hehehe. Tapi bagi aku cam ni dah kire best dah. hehehe











Kat sini, aku tgk dolphin show. Hehehe. Ramai giler org. Penuh keliling pantai. Panas pun ader. Kekadang pelik aku tgk mat salleh ni...mender2 camni tak der ker kat negara diorang..hehehe... Tapi gambar ni aku suker. Hehehehe.
















Ni dekat palawan beach. Hehehe. gambar ni aku dah edit. Orang2 berjemur kat belakang tu aku dah buang. hehehe. Aku pelik la..diorang ni sanggup berjemur tgh panas. aku plak..cari pokok kelapa. Panas beb!!!..tambah2 tgk diorang berjemur...lagi panas....huhuhuhu...














Orang cakap..kalau p siangapore tak amik gambar kat binatang ni tak sah. So, aku amik la. Name dier the Merlion. Hehehe.. So, sah la aku p singapore kan...hehehe

Actually, banyak lagi tempat aku p..tapi penat la nak citer...

Walaupun melayang duit, tapi best jugak coz leh dapat banyak experience. Maklumla, dari tak tahu ape-ape pun..kiteorang selamat pergi n balik.

Hehehe..So, perancangan hujung tahun ni..

BEG PACK TRAVEL TO BANGKOK!!!!

nantikan kemunculannya...hehehe..moga -moga aku ader duit.. saper nak ikut!!!!




Tuesday, April 22, 2008

Presentation is Over!!!

Lastly...The presentation for my final year project is OVER...
I can say that I already grad now..hahahaha...

The final presentation today is so smooth..
Although the panels come form industries..but i was so good...
And i feel so good..

Dont think about the report yet..
Just think how to ENJOY...

So, Any ideas???

Tuesday, April 8, 2008

Melantaknya Geng-Geng Ex-Koreivians

Semalam aku, bash, adan, pija n hanis pergi melantak kat Kuantan. Maner tak nyer, satu malam habis RM 242.00 hanya untuk makan sahaja. Tapi , tak rugi pun. Yang ruginya Adan, sebab dier yang belanja. Tu la adan, saper suruh ko datang UMP lagi, terpaksalah ko belanja ex-Koreivians ni. Hehehe.

First sekali, sampai jer Kuantan terus ker Secret Recipe kononnya untuk makan ringan. Ringan la sangat!!! Kat sini dah habis RM 82.25. Melantak kek sampai 2 bijik sorang, BBQ grilled lagi, spegeti lagi..ish-sih..ringan la sangat!!!

Gambar kat Secret Recipe... Meleleh beb!!

Then, kami meneruskan aktiviti makan kami seterunya di Noya Sushi kat Megamall sebagai memenuhi permintaan Bash. Best jugak kat sini, dapat mengimbau kenangan kat Korea dulu. So, melantak punyalah melantak..melayang la RM 52.00. Huhuhu..bestnya tenpan chicken...bestnya...

Mengimbau kenangan Korea di Noya Sushi..hehee..Poyour jer lebih!!!


Bagi memenuhi permintaan Adan yang kepingin untuk menyanyi berkaraoke, kami meneruskan perjalan ke Sinaran. Tapi yang kelakarnya, Pija ngan Hanis dah cuak. Takut masuk lorong-lorong gitu. Hahaha.. Penakut jugak. Tapi, rezeki tidak menyebelahi Adan, karaoke kat situ penuh. So, terpaksalah berkaraoke kat K Box kat Megamal jer. 5 lagu telah disumbangkan oleh kami, termasuklah lagu klasik dr Tan Sri Sm Salim, pantun budi yang telah disumbangkan oleh Adan...'kalaulah tuan, kalaulah tuan ketanah jawe"..hehehe

Ceh..menyanyi..seiring dan sejalan...hahaha..

Lepas karaoke, terasa lapar lah pulak. Jam dah kul 11..tapi kami meneruskan jugak perjalanan ke Ana Ikan Bakar kat Tanjung Lumpur. Melantak ikan 3 rasa, ikan bakar, sotong celup tepung, lala tumi dan air buah yang berjumlah RM 108.00. Sesekali terpikir perut jenis apakah yang kami ader??? sehinggakan makan sebegitu rupa..hahaha.


Variasi makanan yang dilantak... yang lain..jgn jeles!!


Selesai makan kul 12 malam, on the way balik, dalam keta duk pikir, alasan apakah yang nak kelentong pak guard nanti. Hahaha. Sampai kat guard, ckp..kami ader dinner..kebetulan malam tu ader dinner petakom. Maka kami lepas dengan suka hati. Wakakaka..

Begitulah kisah melantaknya kami..geng-geng ex-Koreivians. Thanks alot to Adan. Semoga duit praktikal kamu diberkati. hehehe.

Kepada geng-geng Ex-Korevians yang tgh praktikal sekarang, jangan buat-buat lupa plak nak belanja kami. Haidar, Jang, Uddin and Pian..kami menanti giliran anda!!!!!

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul

12 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah
20 March 2008
Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Nabi Keagungan Umat Islam

Pemergianmu

Kau masih tersenyum mengubat lara,
selindung derita yang kau rasa,
senyuman yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan

Hakikat tak tertanggung lagi derita
di pangkuan isterimu Humaira
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yang ESA

Tangan dicelup di bejana air
kau sapu di muka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada ummah dan akhirah

Dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwa mu
berlalu linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk ummat menerima
bahkan payah untuk umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahwa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cinta mu selamanya


First time dengar lagu ni dulu, mengalir air mata ini. Kisah Baginda Rasulullah SAW menanti detik ajalnya. Tak terbayang bagaimana pengakhiran hidup ini. Semoga aku berada di tempat orang-orang yang beriman dan syurga menjadi milikku. Amin

Tuesday, March 18, 2008

Insan Bergelar Sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika
kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Adakah kita mampu mencari dan berjumpa dengan sahabat sebegitu rupa dalam dunia sekarang ini. Jika jawapan anda ya, tahniah..kerana sahabat yang anda jumpa tersebut mungkin satu dalam sejuta. Tapi hakikatnya susah...


Memang sukar untuk menjadi dan mencari sahabat terbaik. Daripada mencari, baik kita menjadi sahabat yang terbaik. Dan aku mengaku, aku bukannya sahabat yang terbaik..




Sunday, March 16, 2008

The Top 5 of Plant Design Presentation


The top 5 group among 30 groups for plant design presentation has been announced this evening and here is the top 5's group.

Group 1: Production of 100 000 MT/Annum Butyl Acrylate


Supervisor: Prof. Dr. Rosli Mohd Yunus



Group 12: Recycling of 15 000 MT/Annum palm oil from spent bleaching earth


Supervisor: Cik Mazni Ismail


Co-supervisor:Cik Rohaida Che Man



Group 18: Production of 100 000 MT/Annum Methyl tertiary butyl ether (MTBE)


Supervisor: Cik Wan Salwanis Wan Md Zain


Co-supervisor: Pn. Nurzahida Mohd Zaid



Group 19: Production of 100 000 MT/Annum Methyl ethyl ketone (MEK)


Supervisor: Cik Nasratun Masngut


Co-supervisor: Pn. Nina Suhaity Azmi



Group 20: Production of 100 000 MT/Annum Benzaldehyde


Supervisor: Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim



And the purple colour is my Group!!! Well done Danny, Sukai, Azim, Ada, Not and me. Good Job!!! Jom Kerja keras lagi untuk dapat A...

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Peringatan untuk diri: Semoga di sana, segala keindahan alamnya menjadi milik kita. Sebagai manusia, tidak boleh lari dari melakukan dosa, tapi, bertaubatlah sebelum mata menutup semua pandangan duni. Sebaga hamba yang lemah dan hina,semoga aku sentiasa berada pada jalan yang lurus...Amin..




Friday, March 14, 2008

My New Internship Offer

My new internship offer come from Petronas Gas Berhad, Kerteh with allowances RM 500. I have to decide whether i'm going or not. But, my heart says that, this is my place!!!

Thursday, March 6, 2008

2nd Plant Design Presentation + My Adidas Acuna...

Finally..the second presentation is over!!!.. Rasa lega yang teramat sangat. Setelah bersusah payah selama tiga minggu dan bersengkang mata... akhirnya tamatlah second presentation... Good!!! I think my group do quite well in this presentation. The panels also not comments too much.. but they give suggestion.. that's what we need!!.. May be our panels already read my blog before this..hehehe. So, i really hope to do better in the last presentation.

Hehe..after the presentation, to pay all "fatal" job doing the plant design before this, my coursemate went to playing futsal on the night at 1 a.m.. Hehehe, actually we got the signature form Felo to come back late to UMP. Really happy bcoz I scored a goal with my new Adidas Acuna worth RM 150... hehehe..yeah!!!

Really sleepy right now, bcoz just came back from playing futsal..zzzzzz..

Monday, February 18, 2008

KOREIV'ians Vacation in Rompin..

Vacation yang best!!! Memang best la g vacation kat rompin sabtu and ahad lepas. Rasa cam kejap jer pulak. Vacation yang disertai oleh bebudak x-Korea Educational Visit Program 2007 ini telah berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu menghabiskan sisa tinggalan duit Koreiv 07 dan memang kami berjaya dengan jayanya..hehehe. Walaupun dah hampir setahun program ni dah lepas, tapi biler jumper Yasmin , rasa cam baru jerk.. hehehe..

Walaupun g dengan kereta kancil yang cabuk, bayangkan setiap kali bergegar, memang radio akan sure padam secara automatiknya, menyebabkan kami melalak dengan sendiri untuk menghiburkan hati dari UMP ke rompin, tapi akhirnya kami berjaya jugak sampai dulu.. daripada girls yang bawak keta wira yang berapa kali ganda lebih elok ...hehehe

Malas ler nak tulis panjang, ngantuk sebenarnyer ni..tapi atas permintaan ramai, siapkan jugak la posting ni..so, just gambar jer la..hehehe


Tgh duk menahan perasaan depan D'Rhu chalet. Baru jer lepas berebut ngan girls. Diorang dapat chalet best..mengahadap laut..dah la keta best..huhuhu..x aci langsung...












Ni plak posing sambil bakar bbq.. aku control hensem jerk depan yasmin..hahaha..padahal tak hensem pun..
Yang baju kuning tu namenyer kinah..adik yasmin...hehehe









Sesi luahan perasaan oleh pija sambil aku memetik gitar diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Azam cam sedih jerk dengar citer pija... pastu azam ngangis trus...












Ni last session..sesi mematikan unggun api...dalam kul 12 gitu la..susah lak api ni nak padam.. aku tgk jer azam buat sebab panas..lagi satu...aku taknak la jadi gelap..hehehheehe..
cam bunga api yerk...










Ni kat rompin nyer trade mark..ikan todak..tgh-tgh bandar rompin.. masa ni lepas kiteorg makan2 kat bdr rompin yang sunyi giler.. kire-kire dalam kul 1 pagi ni..takder org..leh la kiteorg curi-curi ambik gambar..hehehe.. cam poyo jerk kan..














pagi hari ahad, selepas makan pagi kat khatty nasi dagang n lepas jalan-jalan kat pasar pagi rompin. Tempat ni pantai hiburan namanya..so kami berhibur la... siap buat cover album lagi...hehehe









Gambar ni paling best.. gambar yang diilhamkan oleh pija... jadik kan gambar ni..
Tak sangka aku mampu terbang walaupun berat!! Pija lak baru cam lepas dapat 9A PMR..
Azam wat gaya ayu2 gitu..Hanis cam baru lepas dukung anak.. Haidar plak..gaya2 ultraman..
Tapi...perhatikan dewi n bash..aper yang sedang berlaku sebenarnya...Aku konfius!!!!






Picnic ngan kelurga yasmin. Memang best ..dapat makan udang lagi.. memang superb la masakan mak min..hehee
Thanks yer makcik..pakcik...








On da way balik..sempat lagi singgah makan murtabak mengkasar kat pekan... the best murtabak in town..memang best...sangat2 best!!











Vacation dua hari jer ni bagi one of the best moment in my life. Sebab memang aku suker jalan-jalan. Kepada koreivians..kita memang best kan!!! pasni kita wat reunion kat oversea lak...
Jutaan terima kasih kepada Yasmin n family kerana sudi jadi host kepada kami..hehehe

Masa vacation ni..memang luper habis la pasal study n UMP...Biler balik UMP, teringat balik PSM n Plant design..huhuhuhu...pening!!!!!....Aku kena cari semangat baru..hehehe... InsyaALLAH ader....:)

Kepada Udin, Adan, Pian n Ikhwan... Jangan jeles..Nantikan kemunculan sijil anda...hehehe..

Friday, February 15, 2008

Gembira!!

Test Oleochemical dah habis..
Test Project Management dah habis.
Presentation Progress PSM dah habis..

So..aper lagi..
ENJOY!!!.

jap..jap..

PLANT DESIGN maner settle lagi..
PSM maner run lagi...

biar ajer..

Hujung mnggu ni p vacation kat Rompin..

Enjoy ajer la..