Friday, May 22, 2009

Complicatednya Dunia

Dalam hidup ini,
Kita sering melakukan kesalahan pada orang lain,
Secara sedar atau tidak,
Dan bila kita sedar, seringkali kita minta maaf,
Tapi, hakikatnya,
Masih ada parut yang akan kekal,
Dan, sampai bila pun kesalahan kita akan beparut di hati,
Apa yang kita perlu lakukan,
Akuilah kesalahan itu dan redhalah dengan apa yang terjadi,
Semoga ALLAH yang memadamkan parut itu.

Dalam hidup ini,
Kita sering merancang,
Seringkali kita rasakan bahawa rancangan kita adalah yang terbaik,
Tapi ingat,
Sesungguhnya ALLAH lebih tahu yang terbaik untuk kita,
Redhalah dengan apa yang berlaku.
Mungkin kita sangkakan hujan hingga ke petang,
Mendung & hujan pula yang datang, kita sedih,
Kemudian ALLAH hadiahkan kita,
Pelangi yang indah.

Kata kunci nya,
Sabarlah dengan apa yang berlaku,
Ada hikmah disebaliknya.


P/s: Saya tenangkan hati saya yang sedih kerana saya akui, semua kesedihan itu datangnya dari kesalahan diri saya. Sukar untuk mengubah apa yang berlaku skrang. Saya harap akan tiba saatnya, semua itu akan berubah. Semoga ALLAH makbulkan permintaan saya. Amin.

4 comments:

elliashah said...

insyallah, banyakkanlah berdoa ok.

khai. M said...

erm..biasa la bd..manusia mn nk lari dari kesilapan..tp kalau dah tahu silap jgn kita ulang lg lepas 2..
hehhehe...adios

mr_jayzack said...

sungguh besar dugaan yang menimpa aku skarang...
semoga aku mampu mentasi semuanya dengan sabar dan tabah.
dan aku percaya, setiap perkara ada hikmah disebaliknya.
sesungguhnya, aku yakin pada janji janji Mu YA ALLAH...

pja said...

sabar itu penting