Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Hari ini tanggal 16 Mei. Semua orang tahu betapa keramatnya tarikh ini. Kepada warga pendidik seluruh dunia, saya mengucapkan Selamat Hari Guru/Cikgu/Pensyarah.

Untuk cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa (1992-1997), terima kasih banyak-banyak. Teringat kat Teacher Rozilin dan Ustazah Wan Hamidah, sebab cubitan dari tangan mereka amat berbisa. Anyway, thanks sebab cubitan itulah yang menyebabkan saya rajin. Hehe.

Buat cikgu-cigku di SMKA Durian Guling (1998-2000). Terima kasih juga saya ucapkan kerana jasa kalian lah yang menyebabkan saya mendapat keputusan cemerlang masa PMR dan dapat berpindah ke sekolah asrama penuh. Buat Cg Kartiha, anda la cg yang paling best best kat sana . Hehehe. Saya bangga kerana saya salah seorang penduduk asal Kg Durian Guling yang dapat peluang belajar di sekolah yang gah di dalam kampung saya.

Cikgu-cikgu di SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) (2001-2002) adalah yang terbaik bagi saya. Di sekolah inilah saya belajar semua perkara. Sekolah yang memberikan seribu makna. Kenangan-kenangan indah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya pernah mendapat ranking 100/102, dari situ, dengan sokongan guru-guru dan kawan-kawan, saya berusaha sehingga mencapai tahap skarang. Buat seluruh warga guru di SESTER, teruskan berjuang mendidik anak-anak bangsa kerana saya percaya dengan kebolehan guru-guru SESTER membentuk pelajar-pelajar cemerlang tidak kiralah walau seteruk mana pun pelajar itu pada awalnya.

Terima kasih teacher Rabaah, Ustazah Fatimah, Ustaz Nasir, Cg Nazi, Cg Rosli, Cg Azri, Cg Latif, Cg Norhayati, Cg Aziz, Cg Jamil, Cg Jeff, Cg Dalina,Ustazah Sakinah, Cg Rozilah, Cg Zurita dan semua cikgu-cikgu di SESTER.

Saya masih mencari contact Teacher Rabaah Adawiyah (English), Ustazah Fatimah (B Melayu) & Cg Zurita (Bio). Dimanakah cikgu-cikgu ini sekarang. Sesiapa yang ada maklumat , sila hubungi saya. Hehehe. Terima kasih.

Untuk semua pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, terima kasih juga. Teruskan mendidik anak bangsa tanpa jemu. Doakan agar saya dapat mengikut jejak langkah kalian semua. InsyaALLAH.


Dari Dato'Usman Awang:

Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,

Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia

Sejarahnya dimulakan
oleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca

Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.


P/s: Masih menjadi tanda tanya saya, kenapa nama Hulu Terengganu di ambil?? Istimewanya.. Hehehe...



4 comments:

kamal said...

Mungkin Usman Awang terkenang sekolah saya dulu, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang... hehehe... sampai sekarang saya tak faham kenapa ayahanda saya hantar ke sekolah tu!!

afif ahmad said...

"Saya bangga kerana saya salah seorang penduduk asal Kg Durian Guling yang dapat peluang belajar di sekolah yang gah di dalam kampung saya."

-bangge ke? hikhik.btw, aku pon patot bangge ke?

mr_jayzack said...

yer ker..
tulah ..dah jauh dr rumah en kan..hehe..
takper.. skang ni en dah berjaye..
alhamdulillah...
hehe

mr_jayzack said...

afif ahmad...

bangga la sket..
berape kerat jer budak dg yang dapat skolah kat dg..
leh kire ngan jari..
heheh