Friday, January 1, 2010

Marathon 2009 & Selamat Tahun 2010

Salam,

Sekarang dah masuk tahun baru 2010, so salah satu azam baru tahun ni nak rajen update blog. Ok, itu sebagai mukadamidah. Hehehe.

Alang-alang dah start menulis ni, so, hari ni aku ceritakan rentetan 2009 memandangkan dah lama aku tidak menulis di rollingdurian.blogspot.com yang terchenta ini. So, bersedialah untuk membace hasil karya aku yang amat panjang ini.

Tahun 2009 dulu dimulakan dengan konvokesyen. Setelah penat belajar selama 4 tahun setengah, maka konvo jugak aku akhirnya. Konvokesyen ini memang indah bagi semua pelajar, tapi oleh kerana ke"ringkas"an majlis konvo mini aku ini, semuanya jadi hambar. Malas aku cerita lagi pasal konvo ini, semestinya ia akan menjadi salah satu peristiwa yang kelat dalam hidup aku. Stop di situ. Tutup cerita pasal konvo.

Setelah konvo, mestilah cerita pasal kerja kan. Sebagai seorang yang memang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah, aku memang nekad utk sambung belajar. Satu keputusan yang berani di ambil oleh aku kerana memilih utk sambung belajar daripada bekerja. Walaupun menerima banyak kritikan, namun keputusan tetap keputusan. Semoga niat aku dalam diri ini bakal menjadi realiti satu hari nanti. InsyaALLAH.

Sambung belajar merupakan salah satu perkara terbesar dalam hidup aku. Aku memilih untuk menyambung Master of Chemical Engineering di UKM dibawah skim SLAB dan Fellowship UMP. Semestinya alam belajar menjanjikan banyak suka dan duka nya. Paling mengejutkan aku, first time aku rasa stress dan tertekan dalam belajar kerana cabaran belajar Master ni. Pergh, memang saat-saat menggetirkan dalam hidup aku masa semester satu ini. Tapi, tetap ada kemanisan nya. Yang paling best, geng-geng Master dari Malaysia support antara satu sama lain, kerana majoritinya studentnya adalah foreigner yang berbagai ragam dan karenahnya. Walau apa pun, semester satu telahpun tamat dengan jayanya.

Alhamdulillah, setelah keputusan semester satu diumumkan, satu lagi kejutan berlaku. Tak sangka pulak resultya sangat baik sekali. Cukuplah aku kata, resultnya di luar apa yang aku jangkakan. Mungkin inilah dinamakan rezeki apabila kita bersabar. Alhamdulillah, aku amat bersyukur.

Tahun 2009 ditutup dengan indah sekali. Pada 24 Dis 2009, aku telah di jemput oleh Yayasan Terengganu utk menerima Anugerah Sarjana Terengganu 2009. Majlis penganugerahan telah di adakan di Wisma Darul Iman dan telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu. Tambah manis lagi, apabila mak dan ayah dijemput sekali ke pentas untuk menerima hadiah. Sesuatu yang mungkin boleh dibanggakan. Hadiahnya, agak lumayan. RM 5000, berbaloi kan...

My beloved mom and dad di majlis itu

My name

Sijil

Inilah yang paling penting..hehehe

Secara kesimpulan nya, tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah bagi aku. Aktiviti-aktiviti berjalan berlaku seperti biasa. Geng2 Koreiv sentiasa ada bersama, kemuncak program tahun lepas adalah bermalam di Cameron Highlands, salah satu aktiviti yang amat best. Tahun depan, insyaALLLAH, program kami ke Beijing pulak.

Di samping itu, tahun lepas juga merupakan tahun rezeki bagi aku. Alhamdulillah. Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Amin. Terlalu banyak insan yang perlu aku berterima kasih, sangat banyak. Semoga insan2 ini juga menerima limpahan kurnia dari ALLLAH SWT.

Ok. Selamat tinggal 2009...

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010.

2010. Azam, tak banyak perlu diceritakan.Nanti tak excited plak. Hehehe.Tapi secara ringkasnya bolehlah diceritakan sket.

Pertama nak siapkan MASTER ni dengan cemerlangnya. Harap aku dapat tempuh dengan jayanya walau jalan masih berliku. Keduanya, nak masuk kerja jadi Pensyarah dulu, tak nak sambung PhD lagi. Nak cari experience disamping bantu keluarga dulu. Ketiga, nak g Beijing. Koreivians, jom realisasikan impian kita. Dan satu lagi, tak perlulah diceritakan. Biarlah Rahsia. Hehe.

Apa pun, semoga 2010 menjadikan aku lebih matang dan bertambah lagi rezeki. InsyaALLLAH..

Buat kawan kawan semua, Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kita semua diberkati dan dilimpahkan kurniaan dari ilahi.....Amin

1 comment:

anN said...

congratz BD, dapat 4 flat lg ek? hehe ape yg 'biarlah rahsia' tu? benda baik tak baik sembunyi2 tau hehe