Kisah ini terjadi pada 1 Mac 2009.
Keadaan yang pada mulanya tenang, bertukar menjadi semacam race. Satu demi satu kereta geng2 lain potong kereta kami dan akhirnya kereta kami agak sedikit terkebelakang. Maklumlah, kenderaan berat, hendaklah sentiasa disebelah kiri. Tapi, hairannya, kereta baru Myvi CCF masih dibelakang kami, dan kerana semangat berkonvoi, akhirnya kami bersetuju untuk menunggu kereta dibelakang. 4 kereta didepan sudahpun meluncur laju meninggalkan kami. Masing-masing telah membuat satu agreement untuk bertemu di Tol Lanchang.
Biasalah, dalam perjalanan, dengan adanya Kak Ayu dan aku, yang telah lama tak bersembang dan berkongsi cerita, dan ditambah pula dengan Kairul dan Adam, debater Ump, keadaan dalam kereta viva kami bertukar menjadi hingar bingar. Dari satu gossip, kepada gossip yang lain, penuh dengan berita terkini , hiburan sensasi. Banyak info baru yang hangat aku dapat tahu, maklumlah sudah hampir enam bulan meninggalkan UMP. Gelak ketawa dan senyuman mengiringi perjalanan kami.
Tiba-tiba terdengar satu suara "Eh, tu bukan Tol Lanchang ke?”.. maka aku menjenguk kepala dan melihat. "Betullah, tu tol lancang la...”.. Kak Ayu dengan gelabahnya menjawab ” Alamak, kita dah terlepas” dan Adam masih blur sebab baru bangan dr tdo. Hahaha, kami telah terlepas tol. Nak patah balik tak boleh, so terpaksalah la keluar tol Karak. Orang cakap, terlajak perahu boleh undur, terlajak sembang, terlepas tol la gamaknya. Masing-masing pasrah. Tapi, aktiviti sembang menyembang kami tak pernah terhenti walaupun terlepas jalan. Hurm, tak belajar dari kesilapan.
Tapi, semangat utuk ke rumah Kak Siti masih berkobar-kobar. Malu bertanya sesat jalan. Berpandukan pepatah itu (chewah..chewah)..Dari budak yang sapu sampah, budak2 yang berkumpul di bawah pokok, hinggalah pakcik goreng pisang, habis semuanya kami bertanya. At last, sampai jugak kat rumah Kak Siti di Felda Mempaga walaupun beberapa kali tersesat jalan. Yang paling best, kami sampai bersama dengan rombongan pengantin dan disambut dengan paluan kompang. Ini sedikit sebanyak dapat meng”cover” malu kami yang sesat dan tak ingat dunia kalau dah bersembang. Hahaha.
Kerana lapar, kami makan dengan enaknya. Sesambil itu, korang tengoklah gambar dibawah ni yer..
senyum-senyum cover malu...Hehehe
Pengantin nak makan beradab... Biadapkah kami mencelah untuk amik gambar???
Sesekali persoalan ini bermain di fikiran. Sorang demi sorang kahwin. Aku bile lagi??? Ada ke jawapan untuk soalan itu??? Tunggu.....
P/S: Kepada kawan-kawan yang nak kahwin tu, jangan lupe jemput saya yer. Saya masih menggunakan no telefon dan alamat yang sama. Terima Kasih :)











